Majlis Perasmian Fasa Ke-2 (2024) 'YUEM STEM & English Programme' anjuran Yayasan UEM (YUEM) dan
Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah bertempat di Cinta Sayang Resort, Sungai Petani, Kedah.
Program selama 2 hari ini akan memberikan latihan kepada guru-guru bagi meningkatkan kemahiran pedagogi, pemahaman kurikulum, dan keupayaan untuk menggunakan alat dan teknologi pengajaran moden di dalam bilik darjah serta penyampaian dan pembelajaran subjek bahasa inggeris yang lebih berkesan dan efektif.
10 buah sekolah telah dipilih dalam fasa kedua program ini melibatkan 5 daerah pendidikan iaitu Kota Setar, Kuala Muda/Yan, Kubang Pasu, Kulim /Bandar Baharu dan Padang Terap.
Serahan kit arduino dan 'fun kit learning activity' kepada kesemua sekolah disampaikan oleh Y.Bhg En. Malek Hassan (Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran JPN Negeri Kedah) dan Y.Bhg Puan
Misbah bt Dato' Hj Abdul Hamid (Pengurus Besar YSB) sambil diiringi oleh Pn Noor Fazlina binti Abdullah (Ketua Program Unit Bantuan Komuniti Yayasan UEM).
Antara pengisian majlis pada hari ini juga adalah pengenalan pengendali program yang dilantik oleh YUEM serta penerangan ringkas berkenaan program ini daripada En. Ahmad Faiz Ramli, Technical Manager Creative Minds Education dan Puan Fatimah bt Abu Bakar, CEO Celebrating Thinkers, Sdn. Bhd.