8.11.2023 - Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) dengan usahasama Yayasan UEM (YUEM) dan kerjasama JPN Kedah telah menganjurkan sebuah program STEM dan Bahasa Inggeris selama 6 bulan di 10 buah sekolah menengah melibatkan 300 orang pelajar dalam daerah Kota Setar, Pendang, Kuala Muda, Yan, Baling dan Sik.
Minat para pelajar dalam STEM dan Bahasa Inggeris dicungkil menerusi aktiviti yang menarik seperti pembentangan, pembangunan laman web, pembinaan robot dan pemprograman menggunakan 100 set Arduino sumbangan YUEM.
Majlis Penutup Program “YUEM STEM DAN ENGLISH PROGRAMME” telah dilaksanakan dengan jayanya di Pendang Lake Resort dan telah disempurnakan oleh YTM Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Tunku Temenggong Kedah (Pengerusi YSB)
Turut hadir bersama adalah Y.Bhg Dato' Noorazman Abd Aziz (Pengerusi YUEM), Y.Bhg Dato' Mohd Izani Ghani (Pengarah Urusan UEM Group Berhad), Y.Bhg Dato' Paduka Ammar bin Dato' Shaikh Mahmood Naim (Ahli Lembaga Amanah YSB), Y.Bhg En Mohd Zhafri bin Dato' Haji Mohd Zohdi (Penolong Pegawai Daerah Pendang) dan Y.Bhg Tuan Sabri bin Osman (Timbalan Pengarah JPN Kedah).