Penaung Yayasan Sultanah Bahiyah

Yayasan Sultanah Bahiyah adalah sebuah organisasi amal yang mengambil namanya dari pengasasnya dan Penaung Diraja yang pertama iaitu Almarhumah Tuanku  Hajjah Bahiyah ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Diperbadankan sebagai  Yayasan pada 20 Ogos 1996, ia adalah organisasi yang dikecualikan dari cukai.

Sultanah Hajjah Bahiyah binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman (Jawi: سلطانه حاجه باهييه بنت المرحوم ثكو عبدالرحمن; 24 Ogos 1930 - 26 Ogos 2003) adalah Sultanah Kedah (1959–2003) dan berkhidmat sebagai Raja Permaisuri Agong Malaysia yang kelima dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975.

Sultanah Hajjah Bahiyah dianugerahkan pelbagai anugerah kehormat, baik di dalam dan luar negara. Pada tahun 1970, Maharaja Hirohito dari Jepun menganugerahkan baginda First Class of the Order of the Sacred Treasure. Kemudian pada tahun yang sama, Presiden Suharto dari Indonesia menganugerahkan baginda Darjah Kebesaran Bintang Mahaputera.

Pada tahun 1973, Raja Bhumibol Adulyadej dari Thailand menganugerahkan baginda Grand Cross of the Order of Chula Chom Klao. Tuanku Sultanah Bahiyah dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat dalam Pendidikan oleh Universiti Malaya di mana baginda berkhidmat sebagai Canselor dari tahun 1972 hingga 1986.

-----------------------------------------------------------------

Yayasan Sultanah Bahiyah is a charitable organization which takes its name after its founder and first Royal Patron, Almarhumah Tuanku Bahiyah ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Incorporated as a foundation on 20 August 1996, it is a tax exempt organization. The foundation is headed by a Board of Trustees and the present Chairman is Her Highness Princess Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tuanku Puteri Intan Safinaz binti Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Tunku Panglima Besar Kedah (Member Kedah Council of Regency). 

Sultanah Hajjah Bahiyah binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman (Jawi: سلطانه حاجه باهييه بنت المرحوم توانكو عبدالرحمن; 24 August 1930 – 26 August 2003) was the Sultanah of Kedah (1959–2003) and served as the fifth Raja Permaisuri Agong of Malaysia from 21 September 1970 until 20 September 1975.

Sultanah Bahiyah was conferred various awards, both locally and abroad. In 1970, Emperor Hirohito of Japan awarded her the First Class of the Order of the Sacred Treasure. Later in the same year, President Suharto of Indonesia awarded her the First Class of the Order of the Star of Mahaputera.

In 1973, King Bhumibol Adulyadej of Thailand awarded her the Grand Cross of the Order of Chula Chom Klao. Sultanah Bahiyah was awarded an Honorary Doctorate in Education by the University of Malaya where she served as the Chancellor from 1972 until 1986.

 


Setelah kemangkatan Sultanah Hajjah Bahiyah ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman (Sultanah Negeri Kedah Darul Aman) pada tanggal 26 Ogos 2003 (Penaung DiRaja Pertama), Al-Mu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah (Sultan Kedah Darul Aman) telah berkenan untuk menjadi Penaung DiRaja Yayasan Sultanah Bahiyah.

Almarhum Al-Mu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Star Kedah. Baginda merupakan putera kedua kepada pasangan DYMM Sultan Badlishah Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan YTM Tunku Sofiah Binti Almarhum Tunku Mahmud.   Almarhum dibesarkan di Istana Anak Bukit sebagai seorang putera raja yang berdisiplin. Almarhum menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah dan seterusnya ke Sekolah Melayu Titi Gajah sebelum menyambung persekolahan di Kolej Sultan Abdul Hamid pada tahun 1946 hingga 1948.

Minat Almarhum yang mendalam dalam bidang ilmu dan pendidikan telah mendorong baginda untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Almarhum telah berangkat ke United Kingdom pada tahun 1952 untuk menyambung pelajaran di Wadham College, Oxford, London. Baginda mengambil bidang Sains Kemasyarakatan dan Pentadbiran Awam. Almarhum telah dilantik sebagai Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah pada tahun 1949 ketika berusia 22 tahun. Almarhum kembali ke negeri Kedah setelah tamat pengajian pada tahun 1955 ketika berusia 28 tahun. Baginda telah menyertai perkhidmatan awam dan berkhidmat di Pejabat Daerah Alor Star dan kemudiannya di Pejabat Perbendaharaan Negeri Kedah. Baginda telah dilantik sebagai Pemangku Sultan Kedah pada 9 Mac 1957 sewaktu ayahanda baginda Almarhum Sultan Badlishah berangkat ke luar negara.

Almarhum telah mendirikan rumah tangga dengan Almarhum Sultanah Hajah Bahiyah Binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada 10 Mac 1956 di Istana Sri Menanti, Negeri Sembilan. Almarhum merupakan menantu kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Pertama Tuanku Abdul Rahman Almarhum Tuanku Muhammad dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Pertama Tuanku Kurshiah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin. Almarhum dikurniakan seorang puteri YTM Tunku Puteri  Intan Safinaz dan telah mengambil dua orang anakanda saudara baginda sebagai teman di istana iaitu DYAM Tunku Soraya dan Almarhum Tunku Sarina yang mangkat pada tahun 1991.

Almarhum Tuanku telah ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-5   pada 20 Februari  1971 dan memegang takhta sehingga tahun 1975.

Setelah penggal baginda tamat pada tahun 1975, Almarhum pulang ke negeri Kedah dan bertakhta kembali sebagai Sultan Kedah Darul Aman. Baginda telah bertemu jodoh buat kali ke-2 dengan KDYMM Sultanah Hajah Haminah pada 25 Disember 1975. Sultanah Hajah Haminah telah ditabalkan sebagai Sultanah Kedah Darul Aman pada 9 Januari 2004, menggantikan Almarhum Sultanah Bahiyah yang mangkat pada 26 Ogos 2003.

Almahum telah menyambut  Sambutan Jubli Perak 25 tahun pemerintahan pada tahun 1983 ketika berusia 55 tahun dan Jubli Emas 50 tahun pemerintahan pada tahun July 2008 pada usia 81 tahun.

Pada tahun …Baginda telah ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Yang Ke 14. Baginda Tuanku telah menaiki takhta sebagai Agong Malaysia sebanyak 2 kali sepanjang  hayat Tuanku. Ini adalah kurniaan yang julung-julung kali berlaku di dalam sejarah Negara Malaysia.

Baginda Tuanku adalah di antara Raja yang kanan berdasarkan pengalaman dan tempoh memerintah, Paduka Tuanku amatlah disegani dan disanjung tinggi. Pengalaman baginda digunakan sebaiknya untuk membangunkan negeri Kedah.  Baginda Tuanku telah mangkat pada 11 September 2017 di Istana Anak Bukit, Alor Setar pada usia 90 tahun. Seluruh rakyat Negeri Kedah khasnya dan rakyat Malaysia amnya meratap pemergian seorang raja yang amat dikasihi. Baginda adalah Raja yang memerintah kedua paling lama di dunia selepas Ratu Elizabeth II dari United Kingdom.

Sejak dari itu Yayasan Sultanah Bahiyah belum ada  Penaung DiRaja sebagai pengganti. 

---------------------------------------------------------

Al-Sultan Al-Mu’tassimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah GCB KStJ (Jawi: المرحوم سلطان عبدالحاليم معظم شاه ابن المرحوم سلطان بدليشاه; 28 November 1927 – 11 September 2017) was the 28th Sultan of Kedah, reigning from 1958 to 2017. He served as the fifth Yang di-Pertuan Agong of Malaysia from 1970 to 1975, and as the 14th Yang di-Pertuan Agong from 2011 to 2016. He was the first person to reign as Yang di-Pertuan Agong twice, as well as the oldest elected to the office. Immediately prior to his death, he was the second longest-reigning living monarch in the world after Queen Elizabeth II of the United Kingdom.

Born at Istana Anak Bukit near Alor Setar as Tunku Abdul Halim ibni Tunku Badlishah, he was the second, but eldest surviving son, of Sultan Badlishah (1894–1958; reigned 1943–1958), who later became the 28th Sultan of Kedah.[1] Of Malay and Thai descent, his mother was the Kedah-born princess Tunku Sofiah binti Tunku Mahmud (born 29 April 1910), who died in an automobile accident on 28 February 1934. Abdul Halim's maternal grandfather, Tunku Mahmud, was once Raja Muda (heir presumptive) to the throne of Kedah.

He was educated at Alor Merah and Titi Gajah Malay schools and Sultan Abdul Hamid College in Alor Star between 1946 and 1948. He went on to Wadham College, Oxford and obtained a Diploma in Social Science and Public Administration.[1] He subsequently joined the Kedah Administrative Service, serving in the Alor Star district office and later, the state treasury.