Berita Terkini

Program Latihan Sangkut Pemprosesan Makanan

 

7/6/2024, PULAU PINANG - Program Pembangunan Wanita YSB menaja seramai 15 orang usahawan bagi mengikuti Program Latihan Sangkut Pemprosesan Makanan di Pusat Pemindahan Teknologi dan Pembangunan Usahawan MARDI di Pulau Pinang.
YSB telah membiayai Yuran Penyertaan semua peserta berjumlah RM1500 keseluruhan.

Baca selanjutnya...

Wanita

 

Dasar & Rangka Program Pembangunan Wanita – Selaras dengan pembangunan negara dan negeri Kedah khususnya, Program Pembangunan Wanita anjuran Yayasan Sultanah Bahiyah merupakan satu anjakan paradigma bagi membantu kaum wanita terutamanya yang berada di luar bandar yang mana mereka ini merupakan golongan wanita yang tidak berkemampuan, daif dan tidak mempunyai sebarang pendapatan yang stabil bagi menjamin kehidupan mereka. Memandangkan kaum wanita berupa potensi kepada sumber pembangunan negara, maka Dasar Pembangunan Wanita Yayasan Sultanah Bahiyah menekankan kepentingan rancangan yang berkesan dan hala tuju yang jelas bagi golongan wanita yang memerlukan bantuan khususnya di luar bandar sekitar daerah negeri Kedah.

Menyedari hakikat golongan wanita mampu menjadi penyumbang yang besar kepada kemajuan negara, maka usaha perancangan dan pelaksanaan program-program pembangunan wanita perlu dilakukan bagi memastikan penyertaan dan hak-hak wanita tidak terabai, baik sebagai sasaran mahupun sebagai agen pembangunan masyarakat moden.

Matlamat

Membentuk golongan wanita yang berdikari, berdaya saing, berpengetahuan dan berdaya tahan mengharungi cabaran semasa dan arus pemodenan serta globalisasi.

Objektif

  • Memberi peluang kepada kaum wanita untuk meningkatkan penyertaan dan peranan aktif wanita sebagai penyumbang dan penerima faedah pembangunan negara.

  • Meningkatkan mutu kehidupan, membasmi kemiskinan dan menghapuskan kejahilan dan buta huruf di kalangan wanita terutama yang tinggal di luar bandar.

  • Memelihara hak-hak kepentingan wanita secara adil dan berkesan

  • Mempertingkatkan tahap kemahiran dan pengetahuan serta memperkasakan kumpulan sasar bagi membolehkan penyertaan wanita yang berkesan dalam pembangunan negara

  • Melaksanakan program-program yang berkesan dan dapat mempertingkatkan tahap keyakinan diri terhadap kebolehan/potensi serta keupayaan/kemampuan dalam pelbagai bidang selaras dengan matlamat untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan ilmu dan kemahiran diri bagi golongan wanita. -

Golongan yang menjadi sasaran ialah wanita dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang terutama mereka yang telah berkeluarga, ibu tunggal, wanita yang mengalami kesempitan hidup yang mana terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga untuk menampung kehidupan seharian.

Ekonomi :

Projek Bantuan Usahawan Kecil Wanita – sumbangan kepada pemohon bantuan bagi membantu membangunkan atau memulakan perniagaan.

Program meningkatkan pengetahuan dan kapasiti wanita dalam bidang keusahawanan melalui kursus dan bengkel keusahawanan dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan/ universiti seperti Kursus Asas Keusahawanan dan Kursus Lanjutan Keusahawanan.

Sosial :

Khidmat Nasihat, Bimbingan & Kaunseling terutama dari segi masalah emosi yang dihadapi oleh ibu tunggal dan wanita yang mengalami krisis rumahtangga/penceraian dan sebagainya.

Kursus Motivasi – untuk mengembalikan keyakinan diri dan memberi semangat kepada golongan wanita yang bermasalah (dengan kerjasama agensi kerajaan/swasta) - pendedahan tentang hak-hak wanita.

Program Kekeluargaan – Wanita sebagai ibu/ibu tunggal menangani masalah dan kemelut hidup/anak-anak seperti Bengkel Keibubapaan bagi mendedahkan kemahiran keibubapaan dalam menghadapi cabaran menangani situasi pembelajaran atau pendidikan anak-anak.

Pendidikan :

Kursus Motivasi Pendidikan (ICT/Bahasa Inggeris)
Program untuk menerapkan budaya membaca/program pendidikan dewasa/pendidikan sepanjang hayat bagi membasmi buta huruf di kalangan wanita luar bandar.

Kesihatan :

Kem Kesihatan – pemeriksaan kesihatan umum (gula, darah, ENT, mata, gigi) Kempen Kesedaran Kesihatan – penyakit kanser (payudara, rahim)

Sadaqa House:

 

Pasa tahun 2018 Bank Islam Malaysia Berhad telah melancarkan Program Tabung Sadaqa House iaitu "Projek Masyarakat" dimana ianya dapat memberi menafaat kepada masyarakat melalui sedekah dan sumbangan melalui program social Bank Islam itu sendiri. Yayasan Sultanah Bahiyah telah dipilih sebagai badan NGO untuk merialisasikan Projek Masyarakat ini dengan menyalurkan sumbangan sebagai sokongan kepada Program Pembangunan Usahawan Kecil Wanita yang jugak merupakan salah satu program di dalam YSB sejak penubuhan nya. Sejak dilancarkan pada 2018 hingga kini Program Sadaqa House Bank Islam Malaysia berhad telah menyumbang kepada 16 orang wanita yang terdiri dari ibu tunggal dan juga wanita yang mengalas tanggungjawap mencari rezeki keluarga dalam konteks sosial kewangan bagi golongan ini mendapat peluang untuk meneruskan usaha sebagai Usahawa  Kecil Wanita  dimana selama ini kepayahan institusi kewangan memberi perhatian dan pertimbangan kepada mereka.

 

FB IMG
FB IMG
FB IMG
FB IMG
FB IMG
FB IMG
FB IMG
FB IMG
FB IMG
FB IMG
FB IMG
FB IMG
FB IMG
FB IMG
FB IMG
IMG-20200310-WA
IMG-20200310-WA
IMG-20200311-WA
IMG-20200312-WA
IMG-20200312-WA
IMG-20200714-WA
beras
mask


WOMEN’S DEVELOPMENT

 

PROGRAMME POLICY & STRUCTURE - In tandem with the progress of the nation and the state of Kedah in particular, the Women’s Development Programme run by YSB is one of the paradigm shifts to assist women who are impoverished, lack empowerment and do not possess any stable income, gain a sense of security in their lives. Since women have the potential to contribute to national development, the Women’s Development Policy of YSB stresses on the importance of effective plans and a clear roadmap for women who need assistance especially those in the rural areas of Kedah. Realising the fact that women are capable of contributing significantly to national progress, the planning and implementation of women’s development programmes have to be carried out to ensure that the participation and rights of women is not neglected, whether for their own benefit or as agents of development in modern society.

OBJECTIVE 

To create women who are independent, competitive, knowledgeable and capable of facing everyday challenges and the winds of modernisation and globalisation. - Provide opportunities for women to elevate their role and increase their participation as contributors to and beneficiaries of the nation’s development. - Improve the quality of life, eradicate poverty and eliminate illiteracy among women especially in the rural areas. - Protect the basic rights of women fairly and effectively. - Elevate the level of expertise and knowledge of women as well as empower them to be effective contributors to national development. - Implement effective programmes which increase the self-confidence of women towards their ability/competence/potential in numerous areas, in tandem with the objective of instilling awareness of the importance of knowledge and skill.

TARGET GROUP 

The target group of this programme consists of women of all ages and backgrounds who, through unfortunate circumstances, have become breadwinners for their families, are single mothers or are facing other life challenges.

ECONOMIC 

The Small Women Entrepreneurs Aid Project makes financial contributions to successful applicants to assist them in the development or start-up of businesses. YSB also runs entrepreneurship courses and workshops run in cooperation with non-governmental organisations and universities to elevate the knowledge and capability of women to empower them to become successful entrepreneurs.

SOCIAL 

YSB provide advice, guidance & counselling services for women, especially single mothers and those facing emotional problems/family crises/divorce and so on. Motivational Courses – run with the cooperation of government/private agencies, these courses help elevate the self-confidence of women while educating them about their rights. Family Programmes – to help single mothers tackle their problems and life challenges. These include Parenting Workshops designed to introduce parenting skills and help them overcome the learning/education challenges faced by their children.

EDUCATION 

Education Motivation Courses (ICT/English) – courses to ingrain the culture of reading / adult education programmes / lifelong education programmes to eliminate illiteracy among rural women.

HEALTH 

Health Camps – general health check-ups (sugar, blood, eyes, teeth) Health Awareness Campaigns – cancer (lung, ovarian)