Blog

Pembelajaran merupakan satu aset yang membolehkan satu golongan merubah nasib mereka kearah yang lebih baik. Menginsafi hakikat tersebut, dari tahun 1999, Yayasan Sultanah Bahiyah telah merangka dan melaksanakan satu projek yang dinamakan Projek Titian Bistari ( Bridge to Excellence Project) untuk membantu dan meningkatkan tahap keupayaan murid-murid dari golongan berpendapatan rendah yang berpotensi di kawasan pedalaman di dalam mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains.

Projek Titian Bistari, Yayasan Sultanah Bahiyah telah lama membantu di dalam bidang pendidikan negeri Kedah melalui kelas-kelas tuisyen untuk meningkatkan pencapaian peratus di dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Kini, pendidikan di Malaysia sedang mengalami proses transfomasi seperti yang tercatat di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025(PPPM). Berdasarkan Transformasi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia memfokuskan kepada Kemenjadian Murid melalui proses pembelajaran STEM
(Science, Technology, Engineering and Mathematics). Untuk itu, Projek Titian Bistari juga telah mengubah kaedah pelaksanaan dari kelas-kelas tuisyen kepada program-program STEM untuk seiring membantu di dalam pelaksanaan pendidikan di Malaysia.