Blog

Unit ini dipertanggungjawabkan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan kesihatan melalui program yang mendapat kerjasama seperti Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF), Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan Yayasan EMKAY dengan menubuhkan pusat rawatan hemodialisis yang berkonsepkan amal di negeri Kedah. Antara program kesihatan yang dijalankan oleh YSB:

• Pusat Hemodialisis NKF-Yayasan Sultanah Bahiyah, Kulim
• Pusat Hemodialisis Tunku Sarina, Alor Setar
• Unit Derma Darah Bergerak
• Pemeriksaan Kesihatan Bergerak
• Klinik Katarak Bergerak Kementerian Kesihatan Malaysia - YSB

PUSAT HEMODIALISIS TUNKU SARINA, ALOR SETAR

Yayasan Sultanah Bahiyah menubuhkan pusat ini pada tahun 2006 hasil usahasama dengan Yayasan EMKAY Kerajaan Negeri Kedah juga telah memainkan peranan yang penting di dalam projek ini di mana pihak kerajaan negeri telah membenarkan penggunaan tanah kerajaan untuk tujuan projek Operasi rawatan dijalankan oleh syarikat yang dilantik iaitu Gedung Penawar Sdn Bhd yang mempunyai pengalaman yang luas di dalam perkhidmatan rawatan hemodialisis.

Yayasan Sultanah Bahiyah bertanggungjawab di dalam pengurusan keseluruhan pusat rawatan. Matlamat penubuhan pusat ini adalah untuk menyediakan kemudahan rawatan hemodialisis yang berkualiti kepada semua lapisan masyarakat dengan bayaran yang berdasarkan kemampuan pesakit selain persekitaran yang selesa dan mesra.

Pusat ini kini memberikan rawatan kepada 56 orang pesakit buah pinggang di sekitar daerah Kota Setar dengan kemudahan 13 buah mesin. Pusat ini telah dirasmikan dan diberi nama oleh Almarhum Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada 25hb Mei 2009.

PUSAT HEMODIALISIS NKF -YAYASAN SULTANAH BAHIYAH, KULIM

Yayasan Sultanah Bahiyah telah menerima sumbangan daripada Perbadanan Kemajuaan Negeri Kedah (PKNK) sebanyak RM500,000.00 pada tahun 2011 untuk menubuhkan sebuah pusat rawatan hemodialisis baru berkonsepkan amal di negeri Kedah. Atas khidmat nasihat daripada Pakar Perubatan Nephrologi Hospital Sultanah Bahiyah, pusat baru tersebut telah ditubuhkan di daerah Kulim memandangkan bilangan pesakit yang meningkat dan kekurangan pusat hemodialisis anjuran NGO di kawasan tersebut. YSB telah bekerjasama dengan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) yang mempunyai kepakaran dalam pengendalian pusat hemodialisis. YSB telah membelanjakan RM 790,000.00 bagi penyediaan 10 unit mesin dan kos pengubahsuaian premis. Pusat ini didirikan di Lot 112-113 , Kulim Avenue , Kulim Hi-Tech Park.

PEMERIKSAAN KESIHATAN BERGERAK

Program pemeriksaan kesihatan bergerak anjuran YSB telah dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) dan Sunway Group pada tahun 2012 telah mewujudkan sebuah bas bagi pemeriksaan kesihatan bergerak yang dinamakan “Mobile Health Sceening Unit” di mana kos operasi hariannya ditanggung bersama oleh YSB dan NKF yang menelan belanja RM 500,000.00 setahun.

Terdapat enam jenis pemeriksaan yang dijalankan melalui bas bergerak iaitu:
• Tekanan darah tinggi
• Ujian air kencing
• Ujian kolesterol darah
• Ujian gula dalam darah
• Indeks jisim tubuh/Ukur lilit pinggang
• Kaunseling

Program kesihatan lain yang dijalankan iaitu:
• Kem kesihatan desa
• Program kesihatan warga emas
• Program kesihatan wanita
• Program kesihatan remaja
• Program pemdedahan katarak mata dengan kerjasama Tun Hussan Onn Eye Hospital (TONEH)

UNIT DERMA DARAH BERGERAK 

Projek kesihatan Pertama YSB telah di lancarkan pada tahun 1999 dengan melaksanakan sebuah bas Unit Derma Darah Bergerak dengan usahasama Lions Club of Alor Setar Host. Bas ini digunakan bagi mendapatkan sokongan orang ramai untuk menderma darah. Sepanjang tempoh khidmatnya, bas ini berjaya mengumpulkan lebih 5,000 beg darah. Pada tahun 2012, YSB telah mendapat sumbangan sebuah bas yang bernilai RM430,000.00 bagi mengantikan bas yang lama. Bas tersebut dikendalikan oleh Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar di bawah penjagaan Unit Transfusi Wilayah Utara untuk dimanfaatkan oleh 10 buah hospital di Kedah dan Perlis.

KLINIK KATARAK BERGERAK KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA - YSB

Sempena Karnival Amal Hari Penyayang 2017, YSB telah melancarkan sebuah bas bergerak iaitu kenderaan yang dilengkapi dengan peralatan pemeriksaan mata yang disumbangkan kepada Jabatan Oftalmologi Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Projek ini menelan belanja sebanyak RM 545,000.00. Projek ini adalah bagi pemeriksaan mata bagi mengesan 4 jenis penyakit iaitu Katarak, Ralat Penglihatan (Refractive Error), Diabetic Retinopathy dan Glaucoma yang boleh menyebabkan kebutaan. Khidmat pemeriksaan mata ini akan meliputi negeri Kedah dan Perlis.

 

IMG-20200309-WA
1c
IMG-20190802-WA
FB IMG
IMG-20190802-WA
IMG-20190802-WA
FB IMG
FB IMG
IMG-20190802-WA
IMG-20190802-WA
FB IMG
20200719
FB IMG
1a
1b
FB IMG


HEALTH PROGRAMMES

This unit is carries out health-related activities including programmes run in cooperation with bodies such as the National Kidney Foundation, Kedah State Development Corporation, EMKAY Foundation and Kedah State Government, to establish charitable haemodialysis treatment centres in Kedah.
The health programmes run by YSB include the following:

  • NKF Haemodialysis Centres – Yayasan Sultanah Bahiyah, Kulim
  • Tunku Sarina Haemodialysis Centre, Alor Setar
  • Mobile Health Screening Unit
  • Mobile Blood Donation Unit
  • 1Malaysia Cataract Clinic

TUNKU SARINA HAEMODIALYSIS CENTRE, ALOR SETAR

YSB established this centre in 2006 in collaboration with the EMKAY Foundation. The Kedah Sate Government also played an important role by approving the use of state land for the centre. The centre was officially opened by KDYMM Tuanku Sultan Kedah, Almarhum Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, on May 25, 2009.

The operational aspects of the centre are carried out by an appointed company, Gedung Penawar Sdn Bhd, which has extensive experience in haemodialysis treatment services. YSB is responsible for the overall management of the centre.

The objective of the centre is to provide quality haemodialysis treatment in a comfortable and cheerful environment to all levels of society, for a fee based on the financial capability of each patient. The centre currently provides treatment to 56 kidney patients in the vicinity of Kota Setar district using 13 dialysis machines.

NKF HAEMODIALYSIS CENTRE – YAYASAN SULTANAH BAHIYAH, KULIM

YSB received RM 500, 000 from Kedah Development Board in the year 2011 to establish a new haemodialysis treatment centre in Kedah. On the advice of the Nephrology specialist at Sultanah Bahiyah Hospital, the new centre was built in Kulim district due to the rising number of kidney patients and the lack of NGO-operated haemodialysis centres in the area.

YSB spent RM790,000 for 10 dialysis machines and the renovation of the centre, which is run by the National Kidney Foundation which possesses the necessary expertise. The centre is located at Lot 112-113, Kulim Avenue, Kulim Hi-Tech Park.

MOBILE HEALTH SCREENING UNIT

This project was initiated by YSB and implemented in cooperation with the National Kidney Foundation (NKF) and the Sunway Group in the year 2012. A bus was equipped for mobile health checks and named the ‘Mobile Health Screening Unit’, with the operational costs jointly borne by YSB and NKF to a tune of RM500,000 per year.

Six types of health checks / services are provided, namely:

  • Blood pressure reading
  • Urine test
  • Cholesterol test
  • Blood sugar test
  • Body mass index / kidney circumference check
  • Counselling

Other medical programmes carried out are:

  • Countryside health camps
  • Senior citizen heath programmes
  • Women’s health programmes
  • Youth health programmes
  • Cataracts operations in collaboration with the Tun Hussein Onn National Eye Hospital (TONEH)

MOBILE BLOOD DONATION UNIT

This was the first health project undertaken by YSB in the year 1999, utilising a bus known as the Mobile Blood Donation Unit in collaboration with the Lions Club of Alor Setar. The bus was used to garner the support of the public and make it convenient for them to donate blood. The original bus succeeded in collecting more than 5,000 bags of blood until the year 2012, when YSB was presented with a new bus worth RM430,000. The Mobile Blood Donation Unit is now operated by the Sultanah Bahiyah Hospital’s North District Transfusion Unit for the benefit of 10 hospitals in Kedah and Perlis.

MOBILE CATARACT CLINIC MINISTRY OF HEALTH-YSB

In conjunction with the 2017 Hari Penyayang Charity Carnival, YSB launched a new mobile unit – a bus equipped with eye check-up equipment which was presented to the Ophthalmology Department of the Sultanah Bahiyah Hospital, Alor Setar. This project was carried out at a cost of RM545,000.00.
The mobile unit carries out tests for four types of eye diseases, namely Cataracts, Refractive Error, Diabetic Retinopathy and Glaucoma, all of which can cause blindness. The mobile service covers the states of Kedah and Perlis.

 

 

 

 

Program Kebajikan 

Program ini membantu secara terus kepada individu-individu dan organisasi yang memerlukan dan meringankan beban penderitaan yang ditanggung tanpa mengira agama dan kaum. Di samping itu, pihak YSB juga bekerjasama rapat dengan Lembaga Zakat Negeri Kedah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah dan badan-badan kebajikan lain untuk memastikan program-program kemasyarakatan dapat dijalankan dengan lebih lancar. Bentuk sumbangan dipecahkan kepada beberapa kategori iaitu:-

 

BANTUAN KEWANGAN (GERAN TAHUNAN)

YSB memberi sokongan dan galakan kepada organisasi-organisasi amal yang aktif dalam menjalankan aktiviti-aktiviti amal di Negeri Kedah melalui bantuan geran tahunan untuk mereka meneruskan kerja-kerja kemasyarakatan. Lebih 25 buah (NGO) yang berdaftar dibawah YSB mendapat geran secara tahunan.

TABUNG KECEMASAN BENCANA

Kejadian malang yang tidak disangka sering berlaku tanpa diduga. Atas sebab ini YSB tidak pernah melupakan tanggungjawabnya untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik ini dengan menghulurkan bantuan. YSB memperuntukkan sebahagian daripada sumbernya bagi mereka yang memerlukan bantuan segera untuk tujuan rawatan perubatan, organisasi dan bencana alam seperti banjir, kebakaran dan ribut. YSB juga turut mempunyai peruntukan kepada organisasi yang menjalankan program bagi masyarakat dan bantuan ihsan kepada individu. Sumbangan ini adalah bertujuan untuk menyuntik semangat dan meringankan beban kewangan kepada mereka.

SUMBANGAN PERAYAAN

Malaysia terdiri daripada pelbagai bilangan etnik, budaya, kaum dan agama. Pelbagai perayaan disambut di negara ini dengan penuh kemeriahan. Akan tetapi, tidak semua orang bernasib baik dan berkemampuan dari segi kewangan bagi menyambut perayaan dengan sempurna. YSB atas dasar keprihatinan yang tinggi tidak melupakan golongan ini untuk turut sama merasai kemeriahannya.

Setiap kali menjelang musim perayaan Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali,YSB menyalurkan dana kepada insan-insan terpilih dalam kalangan keluarga miskin, orang kelainan upaya (OKU) dan anak yatim di seluruh Negeri Kedah yang layak diberi bantuan bagi membantu mereka yang daif untuk turut sama meraikan perayaan masing-masing.


 

Welfare Programmes 

YSB welfare programmes provide direct financial assistance to needy individuals and other welfare organisations, irrespective of race or religion. At the same time, YSB also works closely with the Kedah State Welfare Department and other welfare bodies to ensure that social programmes are run more efficiently.

FINANCIAL ASSISTANCE (ANNUAL GRANT)

YSB provides support and encouragement to quality charitable organisations through annual grants to help them continue their social work. More than 22 organisations registered with YSB receive these annual grants.

EMERGENCY FUND

YSB allocates part of its resources for those who need immediate financial assistance for emergency medical treatment or for the alleviation of suffering caused by natural disasters.

FESTIVE CONTRIBUTIONS

Each time the festive seasons of Hari Raya Aidil Fitri, Chinese New Year, Deepavali, Wesak Day and Christmas come around, YSB provides financial assistance to needy families and orphans throughout Kedah State.
The estimated annual expense for the Welfare Project is RM480,000, which is approved and allocated by the YSB Welfare Committee.

 

DSC
DSC
DSC
IMG
IMG
IMG
IMG
IMG
IMG
IMG
IMG
IMG
IMG
LA7
LA7
LA7
hadiah
kebajikan-hadiah
kebajikan-pack
kebajikan-pbsm
kebajikan-potrait
memberi
terbakar

Projek Titian Bistari (PTB) merupakan program induk Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) yang menjurus dalam bidang pendidikan semenjak dari tahun 1999 hingga sekarang. Projek ini juga yang dibiayai sepenuhnya oleh YSB setiap tahun adalah hasil kerjasama dari Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPN). Bermula tahun 2019, Program PTB telah berganjak daripada program tuisyen secara percuma kepada kaedah pembelajaran dalam mengaplikasikan Modul Khas yang dibina oleh Guru-guru di bawah Program Anjakan Akademik STEM Projek Titian Bistari YSB. Keseluruhan pelajar yang terlibat dalam program di 22 sekolah kawasan luar bandar seluruh negeri Kedah merangkumi 1100 orang pelajar.

PROGRAM IMPAK

Program Intervensi Meningkatkan Pencapaian Aspirasi Kecemerlangan SPM (IMPAK) adalah usahasama antara (Yayasan Impak) dan YSB ini mempunyai matlamat khusus untuk membantu pelajar untuk menghadapi peperiksaan SPM.Ia merupakan Program tuisyen SPM secara percuma ini disertai oleh 203 buah sekolah menengah yang melibatkan lebih 7,000 orang pelajar yang dijalankan secara atas talian dan bersemuka bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam yang bermula pada bulan November 2021.

PROGRAM ‘RECYCLE FOR LIFE’ DAN PROGRAM PENGURANGAN KESAN PLASTIK TERHADAP ALAM SEKITAR

YSB juga aktif di dalam menjalankan usahasama luar yang lain antaranya kolaborasi bersama-sama rakan strategik iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), E-Idaman Sdn Bhd, Pusat STEM Negara, dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah menerusi geran yang diperolehi daripada rakan komuniti iaitu Yayasan Hasanah yang bermula pada tahun 2019.

YAYASAN UEM

YSB dan Yayasan UEM (YUEM) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPN Kedah) turut menganjurkan program STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik) dan Bahasa Inggeris selama enam bulan untuk pelajar Tingkatan 1 hingga 3 daripada 10 sekolah menengah di sekitar Kota Setar, Pendang, Kuala Muda Yan, Baling, dan Sik. Para pelajar didedahkan dengan lebih mendalam mengenai STEM dan Bahasa Inggeris melalui aktiviti yang menyeronokkan dan menarik seperti pembentangan, permainan, mencipta laman web, membina robot, dan pengekodan menggunakan set Arduino sumbangan YUEM.

 

Program pertandingan STEM Projek Titian Bistari @ UUM

Stem