Pasa tahun 2018 Bank Islam Malaysia Berhad telah melancarkan Program Tabung Sadaqa House iaitu "Projek Masyarakat" dimana ianya dapat memberi menafaat kepada masyarakat melalui sedekah dan sumbangan melalui program social Bank Islam itu sendiri. Yayasan Sultanah Bahiyah telah dipilih sebagai badan NGO untuk merialisasikan Projek Masyarakat ini dengan menyalurkan sumbangan sebagai sokongan kepada Program Pembangunan Usahawan Kecil Wanita yang jugak merupakan salah satu program di dalam YSB sejak penubuhan nya. Sejak dilancarkan pada 2018 hingga kini Program Sadaqa House Bank Islam Malaysia berhad telah menyumbang kepada 16 orang wanita yang terdiri dari ibu tunggal dan juga wanita yang mengalas tanggungjawap mencari rezeki keluarga dalam konteks sosial kewangan bagi golongan ini mendapat peluang untuk meneruskan usaha sebagai Usahawa Kecil Wanita dimana selama ini kepayahan institusi kewangan memberi perhatian dan pertimbangan kepada mereka.