Yayasan Sultanah Bahiyah melalui Jawatankuasa Mendana Kewangan telah merancang satu lagi projek mendana bagi tujuan mengumpul dana YSB. Projek ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Zakat Negeri Kedah iaitu Amil Zakat.
Berzakat sebagai salah satu daripada rukun Islam memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan. Ia merupakan satu mekanisma ibadat kewangan dan perekonomian antara matlamatnya membersihkan jiwa manusia serta hartanya kerana terdapat hak orang lain dalam proses memperoleh harta tersebut.
Secara teorinya zakat dibayar oleh golongan yang berkemampuan dan akan diagihkan kepada golongan asnaf dan proses pengagihan zakat diharapkan mencapai tahap optimum kepada asnaf zakat.