Berita Terkini

Program Peningkatan Kemahiran Usahawan Bimbingan YSB
Program Peningkatan Kemahiran Usahawan Bimbingan YSB dilanjutkan lagi dengan Kursus Jahitan Baju Korporat pada tanggal 23-24 Mei 2025 dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Baca selanjutnya...
Program Latihan Sangkut Pemprosesan Makanan

 

7/6/2024, PULAU PINANG - Program Pembangunan Wanita YSB menaja seramai 15 orang usahawan bagi mengikuti Program Latihan Sangkut Pemprosesan Makanan di Pusat Pemindahan Teknologi dan Pembangunan Usahawan MARDI di Pulau Pinang.
YSB telah membiayai Yuran Penyertaan semua peserta berjumlah RM1500 keseluruhan.

Baca selanjutnya...

Program Peningkatan Kemahiran Usahawan Bimbingan YSB

Kelas dibimbing oleh Pn Jamilah Abu Bakar - Pengarah Akademi Jamilah Fashion di Simpang Empat, Alor Setar Kedah.

Panduan Memilih Layanan Pulsa dan Paket Data Online

Kebutuhan pulsa dan paket data semakin banyak dilakukan secara online. Pengguna biasanya mempertimbangkan kemudahan transaksi, pilihan produk, serta ketersediaan layanan digital.

Memilih Platform Pulsa dan Paket Data

Salah satu platform yang dapat digunakan untuk kebutuhan pulsa, paket data, dan layanan PPOB adalah KuotaKita.

Informasi mengenai layanan yang tersedia dapat dilihat langsung melalui website KuotaKita.

Seramai 10 orang Usahawan Wanita YSB yang pernah menerima geran bantuan mesin jahit selain beberapa orang yang pernah dibimbing melalui kelas jahitan yang ditaja YSB.
Kursus Jahitan Baju Korporat ini berfokus pada teknik dan kemahiran menjahit pakaian korporat mengikuti tren masa kini.
Teknik yang ditunjukajar adalah :-
- Cara mengambil ukuran mengikut pola badan Yang sesuai dan ekor terkini
- Mengunting kain dengan teknik yang benar
- Memilih benang dalam jahitan
* Kemasan dalaman
* Pengiraan kos yang efektif
Kursus 2 hari ini juga menerapkan daya tahan minda kerana proses menjahit sangat memerlukan kesabaran dan ketelitian untuk hasil yang terbaik.
Para peserta diberi Sijil Tamat Kursus oleh Jurulatih berkenaan sebagai pengasas akademi latihan tersebut.
Semoga usahawan yang hadir dapat meningkatkan kemahiran dan semangat untuk berdaya saing menjana pendapatan masing-masing.
YSB akan terus memberikan sokongan kepada Usahawan - Usahawan Wanita yang cekal untuk berusaha meningkatkan perekonomian keluarga.