Berita Terkini

2nd Pendang Dragon Boat Regatta 2025
18/5/2025 - "2nd Pendang Dragon Boat Regatta 2025" telah berjaya diaksanakan dalam suasana penuh meriah & bermakna bersempena juga Tahun Melawat Kedah 2025. Baca selanjutnya...
Program Penanaman Pokok Bakau
Sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2025, Yayasan Sultanah Bahiyah telah menganjurkan program penanaman pokok bakau bertempat di Kompartmen 1, Hutan Simpan Merbok, Kuala Muda, Kedah. Baca selanjutnya...
Kem Pengurusan Bencana & Glamping Sukarelawan Muda 2024

 

 

24-26/5/2024 - Kem Pengurusan Bencana & Glamping Sukarelawan Muda 2024 telah diadakan di Kem Rekreasi ABIM Tasik Beris, Sik yang melibatkan 43 orang peserta terdiri daripada gabungan sukarelawan belia dan mahasiswa dari 7 buah Ngo/Agensi berkaitan.

Baca selanjutnya...
Latihan Perahu Naga bersama YTM Tunku Temenggong Kedah

 8/6/2024, PENDANG - Program Latihan Perahu Naga bersama YTM Tunku Temenggong Kedah / Pengerusi YSB telah selesai dijayakan dalam suasana penuh bersemangat dan ceria bertempat di Sungai Titi 2 Lapis MADA, Pekan Tanah Merah, Pendang, Kedah.
Berbekalkan semangat jitu YTM Tunku Temenggong Kedah sendiri, seramai 14 orang pendayung jemputan khas terdiri dari Ketua-ketua jabatan/agensi telah turut bersama berdayung disulami sorakan semangat oleh ratusan penduduk kampung yang turut teruja untuk menyaksikan detik bermakna ini.

Baca selanjutnya...
Kempen Cintai Sungai (Planet Earth 3.0)

24/10/2023 - YSB turut menyokong Kempen Cintai Sungai (Planet Earth 3.0) anjuran Kedah Medical Centre (KMC) di sepanjang Sungai Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.

Baca selanjutnya...
Program Kesedaran Alam Sekitar 2023

16 September 2023 - Sempena Cuti Umum Sambutan Hari Malaysia tahun ini, Program Kesedaran Alam Sekitar 2023 bertemakan 'Jom Tanam Bakau' dianjurkan bersama oleh Yayasan Sultanah Bahiyah, Jabatan Belia & Sukan Negeri Kedah serta Jabatan Perhutanan Negeri Kedah.

Baca selanjutnya...

Program Penanaman Pokok Bakau


Program ini telah disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Tunku Temenggong Kedah (Pengerusi YSB) dan telah melibatkan penyertaan hampir 80 orang peserta daripada pelbagai agensi antaranya Jabatan Hutan Negeri Kedah, Pejabat Daerah Kuala Muda, Majlis Belia Negeri Kedah, Persatuan Cahaya Harapan dan sukarelawan YSB.
Sebanyak 300 buah anak pokok bakau telah berjaya ditanam dalam program ini sebagai sebahagian daripada usaha melindungi dan memulihara kawasan pesisir pantai serta mengekalkan kelestarian biodiversiti tempatan. Penanaman pokok bakau ini juga diharapkan dapat membantu mengurangkan kesan perubahan iklim dan menjadi benteng semula jadi terhadap hakisan tanah serta bencana alam. Selain itu, ia juga merupakan satu pendekatan pendidikan alam sekitar yang menyasarkan peningkatan kesedaran dalam kalangan masyarakat berkenaan kepentingan penjagaan alam sekitar.
Program ini turut dihadiri oleh YBhg Tuan Haji Azmin bin Zainol Abidin (Pegawai Daerah Kuala Muda), YBhg En Muhammad bin Abdullah (Pengarah Perhutanan Negeri Kedah) berserta Ahli-Ahli Lembaga Amanah YSB.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua jabatan, agensi dan sukarelawan yang telah menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini menjadi contoh dan dorongan kepada lebih banyak inisiatif hijau pada masa hadapan.