Berita Terkini

2nd Pendang Dragon Boat Regatta 2025
18/5/2025 - "2nd Pendang Dragon Boat Regatta 2025" telah berjaya diaksanakan dalam suasana penuh meriah & bermakna bersempena juga Tahun Melawat Kedah 2025. Baca selanjutnya...
Program Penanaman Pokok Bakau
Sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2025, Yayasan Sultanah Bahiyah telah menganjurkan program penanaman pokok bakau bertempat di Kompartmen 1, Hutan Simpan Merbok, Kuala Muda, Kedah. Baca selanjutnya...
Kem Pengurusan Bencana & Glamping Sukarelawan Muda 2024

 

 

24-26/5/2024 - Kem Pengurusan Bencana & Glamping Sukarelawan Muda 2024 telah diadakan di Kem Rekreasi ABIM Tasik Beris, Sik yang melibatkan 43 orang peserta terdiri daripada gabungan sukarelawan belia dan mahasiswa dari 7 buah Ngo/Agensi berkaitan.

Baca selanjutnya...
Latihan Perahu Naga bersama YTM Tunku Temenggong Kedah

 8/6/2024, PENDANG - Program Latihan Perahu Naga bersama YTM Tunku Temenggong Kedah / Pengerusi YSB telah selesai dijayakan dalam suasana penuh bersemangat dan ceria bertempat di Sungai Titi 2 Lapis MADA, Pekan Tanah Merah, Pendang, Kedah.
Berbekalkan semangat jitu YTM Tunku Temenggong Kedah sendiri, seramai 14 orang pendayung jemputan khas terdiri dari Ketua-ketua jabatan/agensi telah turut bersama berdayung disulami sorakan semangat oleh ratusan penduduk kampung yang turut teruja untuk menyaksikan detik bermakna ini.

Baca selanjutnya...
Kempen Cintai Sungai (Planet Earth 3.0)

24/10/2023 - YSB turut menyokong Kempen Cintai Sungai (Planet Earth 3.0) anjuran Kedah Medical Centre (KMC) di sepanjang Sungai Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.

Baca selanjutnya...
Program Kesedaran Alam Sekitar 2023

16 September 2023 - Sempena Cuti Umum Sambutan Hari Malaysia tahun ini, Program Kesedaran Alam Sekitar 2023 bertemakan 'Jom Tanam Bakau' dianjurkan bersama oleh Yayasan Sultanah Bahiyah, Jabatan Belia & Sukan Negeri Kedah serta Jabatan Perhutanan Negeri Kedah.

Baca selanjutnya...

Program Kesedaran Alam Sekitar 2023


Program berlangsung di Kompartmen 1 Hutan Simpan Merbok melibatkan seramai 60 orang kesemuanya berjaya menanam 200 batang anak benih pokok bakau.
Majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil disempurnakan bersama oleh Y.Bhg En Mohd Asri b. Yusof (Timbalan Pengarah Perhutanan Negeri Kedah) bersama Y.Bhg Dato' Dr Kamaruzaman Ali (Ahli Lembaga Amanah YSB) serta Y.Bhg Pn Salwa bt Senawi (Pen. Pengarah Jab Belia & Sukan Negeri Kedah).

Penganjuran program sebegini mencerminkan kolaborasi bijak antara semua pihak dalam penjimatan kos, impak penyertaan & kelestarian alam sekitar.
Para peserta turut berbangga dan gembira dapat 'berbakti' kepada alam sekitar dan biodiversiti paya bakau.

YSB akan terus menganjurkan program kesedaran alam sekitar sebegini yg sering di masukkan dalam kalendar tahunan Projek Titian Ehsan YSB sejak lebih sedekad lalu.