Berita Terkini

Sumbangan Geran Tahunan YSB 2024

 

 

6/6/2024, ALOR SETAR - YSB agih 22 Geran Tahunan berjumlah RM 45 ribu kepada persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri Kedah.
Ia merupakan inisiatif YSB untuk membantu persatuan dan pertubuhan yang terpilih
bagi meneruskan agenda dalam memperkukuh objektif masing-masing.

Baca selanjutnya...
Majlis Penyampaian Sumbangan Perayaan Hari Deepavali kepada 100 penerima dari daerah Kuala Muda dan Kulim

6.11.2023 - Majlis Penyampaian Sumbangan Perayaan Hari Deepavali kepada 100 penerima dari daerah Kuala Muda dan Kulim.

Baca selanjutnya...
300 keluarga menerima sumbangan daripada YSB menjelang Aidilfitri

18.4.2023 - Seramai 300 keluarga dari 3 buah daerah iaitu Kota Setar, Kubang Pasu dan Pokok Sena menerima sumbangan daripada Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) menjelang Aidilfitri. Ia termasuklah 20 asnaf serta anak yatim yang ditaja oleh Yayasan Jariah Aafiyat.

Baca selanjutnya...
YSB Salur Bantuan Kepada Mangsa Banjir di Baling

7/7/2022 – 9/7/2022. Petugas YSB terus berkampung di Masjid Sadiq, Kupang untuk menyelaras kerja pasca banjir di daerah Baling. Pasukan ini terbahagi kepada dua (2) iaitu yang menyediakan makanan dan pasukan cuci yang dikerahkan bermula seawal pagi hingga lewat petang.

Baca selanjutnya...


Kru cuci-cuci YSB dan NGO lain termasuklah ABIM serta Peduli Insan Malaysia amat komited serta bersemangat dalam meneruskan kerja-kerja membersihkan kawasan yang ditimpa musibah ini.

Selain itu, sejumlah hampir 400 pek makanan pada sebelah pagi, tengahari dan malam disediakan setiap hari bagi diagihkan kepada petugas dan juga mangsa yang terlibat dalam bencana banjir.

YSB juga menerima 2 ekor lembu yang disumbang oleh Bioshock Ventures Sdn Bhd dan diserahkan kepada Masjid Sadiq, Kupang yang untuk ibadah korban pada Hari Raya kedua nanti.
YSB akan terus menyalurkan bantuan kepada mangsa yang terlibat serta sentiasa prihatin terhadap golongan yang memerlukan. Terima kasih kepada semua penyumbang dan penderma yang tidak putus-putus membantu serta memberi kepercayaan kepada YSB bagi meneruskan kerja-kerja kebajikan khususnya kepada rakyat di negeri Kedah.