Berita Terkini

Sebelumnya Seterusnya

Serahan Cek Bayaran Zakat Pendapatan

31/12/2020 - Yang Berbahagia Dato’ Paduka Haji Syed Unan Mashri bin Syed Abdullah selaku Ahli Lembaga Amanah YSB telah menyerah cek bayaran Zakat Pendapatan kepada Yang Berusaha Puan Misbah Dato’ Abdul Hamid-Pengurus Besar YSB.

Pembayaran dibuat kepada YSB kerana YSB telah dilantik sebagai Amil Kutipan Zakat oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah. Justeru membolehkan YSB layak mendapat Agihan Balik daripada LZNK bagi tujuan melaksanakan program kebajikan untuk asnaf. Turut membuat bayaran zakat pada tarikh tersebut ialah Pn Awatif bt Abdul Hamid.


YSB is privileged to be selected as Amil of Lembaga Zakat Negeri Kedah. This helps YSB in its fund-raising efforts. The zakat received will be distributed to the poor and needy.

PROGRAM AMIL ZAKAT YSB

Yayasan Sultanah Bahiyah melalui Jawatankuasa Mendana Kewangan telah merancang satu lagi projek mendana bagi tujuan mengumpul dana YSB. Projek ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Zakat Negeri Kedah iaitu Amil Zakat.

Berzakat sebagai salah satu daripada rukun Islam memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan. Ia merupakan satu mekanisma ibadat kewangan dan perekonomian antara matlamatnya membersihkan jiwa manusia serta hartanya kerana terdapat hak orang lain dalam proses memperoleh harta tersebut.

Secara teorinya zakat dibayar oleh golongan yang berkemampuan dan akan diagihkan kepada golongan asnaf dan proses pengagihan zakat diharapkan mencapai tahap optimum kepada asnaf zakat.

doa
serah