A- A A+

Logo ysb

banner-logo3

Xpert Slider

PERTANDINGAN PERAHU NAGA (PTE)

Konsert Amal BEATLEMANIA

PROGRAM RIADAH DAN SENAMAN PAGI WARGA EMAS

KIDNEY WORLD DAY 2020

Selamat Tahun Baru Cina 2020

Selamat Menyambut Tahun 2020

14/3/2020 - YSB Rowers Team berjaya menyandang *Tempat Ke-3* di Pertandingan Perahu Naga Tertutup Kedah yg berlangsung di Tasik UniSHAMS Kuala Ketil, Kedah. Tempat Ke-1 UniSHAMS, Ke-2 Perlis dan Ke-4 Armor ATM. Sebanyak 16 pasukan bertanding di kategori tertutup ini. Bagi kategori Terbuka Malaysia pula YSB hanya layak ke suku akhir kedua dengan kedudukan di tempat ke 10 dari 18 pasukan dalam kategori terbuka ini. Antara keseluruhan pasukan yang bertanding ialah dari negeri Perlis, Perak, Terengganu, Johor, DBKL, Putrajaya, Kelantan, Penang, ATM, PDRM serta pasukan tempatan seperti MADA, MBAS, kelab serta UniSHAMS sendiri. YSB menempa kejayaan sulung di 2020 ini hasil latihan keras pasukan sejak awal Jan 2020 lagi melibatkan 7 beliawanis & 13 belia berumur antara 16-26 tahun termasuk lepasan SPM. Moga peluang yang diberikan kepada remaja-remaja ini dimanfaatkan sepenuhnya secara dinamik dan positif. YSB akan sentiasa komited dan menfokuskan kepada pembangunan remaja belia dalam programnya sejak 23 tahun yang lalu dibawah Projek Titian Ehsan YSB. #YakinSetiaBakti #YSBproduct #YSBrowersteam