A- A A+

Logo ysb

banner-logo3

Xpert Slider

PERTANDINGAN PERAHU NAGA (PTE)

Konsert Amal BEATLEMANIA

PROGRAM RIADAH DAN SENAMAN PAGI WARGA EMAS

KIDNEY WORLD DAY 2020

Selamat Tahun Baru Cina 2020

Selamat Menyambut Tahun 2020

СНПЧ А7 Курск, обзоры принтеров и МФУ

Program Taklimat Khas Skuad Kerjaya Remaja YSB kepada guru-guru kaunselor seluruh Negeri Kedah telah diadakan di Dewan Kuliah Utama Institut Latihan Perindustrian Jitra. Seramai 200 orang guru kaunselor telah tampil mendengar penerangan daripada pelbagai institusi kemahiran teknik dan vokasional akan peluang-peluang kemahiran yang boleh diterokai selepas tamat persekolahan.

Program dibawah Projek Titian Ehsan YSB diadakan sebagai salah satu medium agar guru-guru kaunselor terlibat dapat menyampaikan pula info berkenaan kepada para pelajar mereka.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Y.Bhg Cik Ismajulian Ismail (Pen Pengarah Unit HEM Jab. Pendidikan Negeri Kedah). Turut hadir ialah Y.Bhg Dato' Haji Nasir Mustafa (Ahli Lembaga Amanah / Pengerusi Jk Prog Pembangunan Kerjaya Remaja YSB) dan Y.Bhg En Ahmad Iskandar (Pengarah ILP Jitra).

Sesi ceramah telah disampaikan oleh wakil POLIMAS, IKBN, IKM, ILP, KEDA, Kolej Komuniti, ABM & Jobs Malaysia.

Kerjasama yang baik turut diberikan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kedah & Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah selaku jawatankuasa penganjur. Sekalung penghargaan & terima kasih kpd semua yang terlibat.