2 Mei 2019. Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Wesak dan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Al-Hana,Majlis Daerah Sik. Seramai 270 orang penerima dari daerah sik, baling dan pendang melibatkan jumlah sumbangan keseluruhan RM81,000.00. Sumbangan disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Datin Paduka Dato' Tunku Hajah Nafisah Binti Almarhum Sultan Badlishah, Pengerusi Kebajikan YSB bersama Y.Bhg Datin Wira Ramizan Binti Ibrahim,Ahli Lembaga Amanah YSB turut hadir pada majlis ini adalah YB. Encik Ooi Tze Min,Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Y.Bhg Dato' Haji Bukhari Bin Abdullah,Pegawai Daerah Sik, Y.Bhg Tuan Azmi Bin Abd Karim,Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah. 
 
#bantukamimembantumerekayangmemerlukan 
 
#23tahunterusberbakti
 
#sumbanganraya