16/2/2019 - Seminar Keusahawanan "Pemantapan Usahawan Wanita Berkarisma Ke Arah Membina Legasi Perniagaan" di Keriang Hill Resort. Majlis Penutup disempurnakan oleh Y.Bhg Datin Wira Hajah Ramizan Binti Ibrahim, Pengerusi Program Usahawan Wanita. YTM Tunku Temenggong Kedah turut perkenan menyampaikan sijil penyertaan kepada 46 peserta yang mengambil bahagian pada seminar tersebut. Menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada YTM Dato' Seri Tunku Sakinah Binti Almarhum Sultan Badlishah dan YTM Datin Paduka Dato' Tunku Nafisah Binti Almarhum Sultan Badlishah,Ahli Lembaga Amanah merangkap Pengerusi Program Kebajikan YSB di atas perkenan berangkat ke majlis ini. Turut hadir Y.Bhg Datin Aishah Binti Ibrahim, Ahli Jawatankuasa Program Pembangunan Usahawan Wanita, Y.Bhg Tuan Hj Othman Bin Bakar, Ahli Jawatankuasa Program Pembangunan Usahawan Wanita, Y.Bhg Puan Misbah Binti Dato' Hj Abd Hamid, Y.Bhg Encik Muhammad Naim Bin Abd Halim,Panel Penceramah Seminar,Pensyarah Kolej Perniagaan UUM. YSB mengucapkan ribuan terima kasih kepada YTM Dato' Seri Tunku Sakinah Binti Almarhum Sultan Badlishah di atas sumbangan tunai serta pihak Keriang Hill Resort dan Syarikat Bronis Sdn Bhd diatas kerjasama bagi jayakan program.

#yakinsetiabakti

#23tahunterusberbakti

#programwanitaysb