
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), terdapat pengurangan kutipan darah untuk kegunaan pesakit - pesakit di Hospital seluruh Kedah.
Masyarakat sedia maklum, Bekalan darah diperlukan untuk menyelamatkan nyawa pesakit dan sekiranya bekalan darah berkurangan, ianya dapat memberi kesan terhadap perawatan pesakit.
Untuk makluman, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) memerlukan sekurang-kurangnya 500 beg darah setiap minggu untuk memastikan bekalan darah berada di paras yang selamat. Darah yang didermakan, akan diproses, disaring dan diedarkan ke seluruh hospital - hospital di Negeri Kedah.
Oleh itu, kami merayu kepada anda semua untuk hadir menderma darah. Proses derma darah adalah mudah. Anda mampu menyelamatkan nyawa seseorang!
Jom derma darah! Anda juga boleh jadi seorang WIRA! 💪
#darahtakpernahcuti #darahtakkenalpkpb #responsMALAYSIA
YSB bersama MRCS mengambil langkah proaktif dalam membantu masyarakat menghadapi pandemik COVID-19
Yayasan Sultanah Bahiyah mempunyai dua peranan utama iaitu sebagai agen perubahan di dalam kerja-kerja kemasyarakatan melalui pendidikan, pembangunan komuniti, kesihatan, remaja dan belia serta inisiatif latihan. YSB juga berperanan memberikan geran kewangan kepada organisasi kebajikan lain di negeri Kedah untuk membantu mereka menjalankan aktiviti mereka.
Membantu dan meningkatkan tahap keupayaan murid-murid dari golongan berpendapatan rendah yang berpotensi di kawasan pedalaman di dalam mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains.
Ketahui Lebih LanjutMenjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan kesihatan antaranya menubuhkan pusat rawatan hemodialisis yang berkonsepkan amal, Unit Derma Darah Bergerak, Pemeriksaan Kesihatan Bergerak serta Klinik Katarak Kementerian Kesihatan Malaysia - YSB
Ketahui Lebih LanjutSektor terpenting yang mana ia berperanan merangka serta mencari jalan untuk mendapatkan dana bagi menampung pembelanjaan serta aktiviti-aktiviti yang dirangka serta dijalankan sepanjang tahun
Derma SekarangIkuti aktiviti terkini yang dijalankan oleh Yayasan Sultanah Bahiyah
10/9/2020 - Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil sempena Memperingati Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah. Majlis dibuat secara virtual atas talian. Seramai 2000 orang dan sebanyak 90 saluran.
Turut bersama menyertai majlis ini, YMM Che Puan Besar Kedah, DYAM Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan, YTM Tunku Temenggong Kedah. Bacaan yaasin diketuai oleh Imam Besar Masjid Zahir dan bacaan doa oleh Ybhg Dato’ Paduka Mufti Negeri Kedah.
Pihak Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dan sudi menyertai majlis bacaan yaasin ini. Pihak YSB juga mendoakan agar seluruh rakyat di Negeri Kedah khususnya dilindungi dari wabak pandemik COVID19.
An online Yassin recitation and Tahlil at masjid Zahir was organized by YSB to commemorate the passing of Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Over 2000 participants which included the royal families, government servants, mosque goers, school children, volunteers and individuals who took part in this noble and memorable virtual event. May our actions and intentions be blessed and accepted by God Almighty. Al-Fatihah
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan YSB, sila hubungi kami
Yayasan Sultanah Bahiyah (398868-V),
223-224, Jalan Shahab 2,
Shahab Perdana,
Lebuhraya Sultanah Bahiyah,
05350 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.