A- A A+

Logo ysb

banner-logo3

Program Keceriaan Warga Emas Yayasan Sultanah Bahiyah(YSB) telah menganjurkan program-program bagi menceriakan kalangan warga emas dan berusaha untuk membawa mereka menyertai program seperti lawatan ke tempat-tempat yang bersejarah dan riadah. Tujuan program adalah untuk memberi suasana ceria kepada warga emas yang kebanyakanya kesunyian dan mendedahkan mereka kepada suasana di luar kawasan kediaman serta mendapat pengetahuan mengenai keadaan semasa.

Pada 15 April 2012 9Ahad) seramai 40 orang dari kalangan warga emas termasuk AJK berlepas ke Kuala Kangsar dengan bas persiaran untuk menyertai Program Lawatan Keceriaan Warga Emas ke tempat membuat labu sayong serta melawat Masjid Ubbudiah, Kuala Kangsar. Program ini di pengerusikan oleh Y.Bhg Dato' Hj Nasir Mustaffa.