A- A A+

Logo ysb

banner-logo3

YSB EXTREME TEAM CEMERLANG DI PERTANDINGAN FLATDEV INTERNATIONAL 2016 @ MAHKOTA PARADE, MELAKA


Tanggal 14-15 September 2016 @ Mahkota Parade, Melaka – YSB Extreme Team kembali menarik perhatian ramai apabila berjaya merangkul kedudukan terbaik ‘Top 10’ dalam kelas ‘Expert’ dan ‘Beginner’ di Pertandingan BMX Flatland Antarabangsa yang dinamakan FLATDEV 2016 yang juga tersenarai dalam siri jelajah dunia BMX Flatland World Circuit (BFWC) 2016.

Pertandingan bertaraf antarabangsa ini menampilkan lebih dari 80 peserta BMX Flatland dari seluruh dunia antaranya dari negara Kanada, Jepun, Perancis, Russia, Chile, Filipina, Thailand dan Indonesia selain dari Malaysia. YSB telah menaja seramai 12 orang peserta dari Negeri Kedah yang bernaung atas nama YSB Extreme Team juga mewakili Malaysia di pertandingan ulung ini.

Amatlah membanggakan apabila seramai 8 dari 12 orang yang berkenaan berjaya merangkul gelaran Johan, Tempat Ke-6, Ke-7 dan Ke-9 bagi kategori Open Expert dan gelaran Naib Johan, Tempat Ke-4, Ke-5 dan Ke-7 bagi kategori Open Beginner.

YSB dibawah perkenan dan galakan semangat khasnya daripada YTM Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz bt. Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah – Tunku Panglima Besar Kedah, AHLI JEMAAH PEMANGKU SULTAN KEDAH yang juga merangkap Pengerusi YSB telah perkenan bagi menaja perjalanan dan wang saku kepada peserta-peserta ini bertujuan menggalakkan mereka mengamalkan hobi yang positif dan berwawasan. Moga YSB Extreme Team terus cemerlang dan gah menjunjung nama berdaulat Malaysia, Kedah Darulaman dan Yayasan Sultanah Bahiyah! ‘Proud To Be Kedahan…”

Senarai pencapaian YSB Extreme Team
 

PRO CLASS
(OPEN)
MOMENTUMLOVE EXPERT (OPEN) AGUNBMX BEGINNER CLASS (OPEN)
1st Matthias Dandois (France)
2nd Jean Wiliam (Canada)
3rd Moto Sasaki (Japan)
4th Yohei Uchino (Japan)
5th Benjamin Hudson (Chile)
6th Takahiro Ikeda (Japan)
7th Pakphum Poosa-Art (Thailand)
8th Takumi Isogai (Japan)
9th Takuya Higa (Japan)
10th Naoto Tamaru (Japan)
1st Afiq Afandi (Malaysia/YSB)
2nd Muhammad Haris Effendi (Indonesia)
3rd Konstantin Gurev (Russia)
4th Ahmad Zulkamal Ibrahim (Malaysia)
5th Febriyantito Febriyan (Indonesia)
6th Mohamad Izwan Roslan (Malaysia/YSB)
7th Mohd Harif Houzey (Malaysia)
8th Edris Salleh (Malaysia)
9th Wan Mohamad Shah Yahaya (Malaysia/YSB)
10th Abdul Hakim bin Awang Said (Malaysia)
1st Abdul Jalil Abdul Rahim (Malaysia)
2nd Mohd Faizal Bin Mohd Junaidi Faizal (Malaysia/YSB)
3rd Mohd Hairul Azmi Mohd Salleh (Malaysia)
4th Muhammad Affrini Adham bin Ishak (Malaysia/YSB)
5th Zakwan Hakim (Malaysia/YSB)
6th Mohd Shahril Basuki (Malaysia)
7th Shahrizal Jan (Malaysia/YSB)
8th Mohamad Ariff Johari (Malaysia)
9th Muhammad Haffiz (Malaysia)
10th Zulkifli Osman (Malaysia)
 
  *Bold : YSB Extreme Team