A- A A+

Logo ysb

banner-logo3

Titian Ehsan

  • t1.jpg
  • t2.jpg
  • t3.jpg

Titian Ehsan

Projek Titian Ehsan (PTE) merupakan suatu projek jangka panjang YSB yang disasarkan kepada golongan remaja dan belia khususnya yang berumur antara 13- 27 tahun. Projek ini diwujudkan bermatlamat bagi memberi manfaat kepada para remaja dan belia melalui pelbagai pendekatan yang bersesuaian dengan minat dan kecenderungan remaja masa kini.

Projek Titian Ehsan dibahagikan kepada 4 bahagian / unit iaitu:

i) BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA

     Diwujudkan bagi membimbing dan menggalakkan para remaja mengamalkan gaya hidup sihat dan berwawasan melalui:

        a) Aktiviti-aktiviti kesukanan remaja

        b) Seminar / kem-kem motovasi bersama IPT

        c) Kem kesedaran alam sekitar

        d) Kem itegrasi sukarelawan

        e) Khidmat masyarakat sukarelawan

        f) Modul pendidikan kesihatan remaja

        g) Program pembangunan atlet sukan lasak

        h) Seminar / bengkel komputer dan ICT

        i) Pasukan Sukarelawan YSB

 

ii) BAHAGIAN PEMBANGUNAN KERJAYA

    Diwujudkan bagi memberi khidmat nasihat, bimbingan dan penganjuran program berkaitan kerjaya seperti:

    a) Seminar kerjaya

    b) Pameran kerjaya dan akademik

    c) Lawatan kerjaya dan lawatan ke sektor perkhidmatan dan perindustrian

    d) Kem motivasi dan jatidiri kerjaya

    e) Kem perpaduan remaja

 

iii) BAHAGIAN AUDIT DAN PENYELIDIKAN

    Diwujudkan bagi menilai dan menyelidik:

    a) Keberkesanan projek-projek yang dijalankan oleh setiap bahagian didalam PTE

    b) Memastikan setiap program/projek yang dirancang dan dilaksanakan menepati serta bersesusaian dengan matlamat penubuhan PTE dan aspirasi remaja masakini

    c) Memberi idea-idea dan maklumbalas yang membina bagi memantapkan program yang dirancang atau dilaksanakan.

 

iv) PUSAT KHIMAT & INFORMASI REMAJA (P-KIR)

    Diwujudkan sejak tahun 2011 dan beroperai di Tingkat 4,  Kompleks Star Parade, Alor Star. Berfungsi sebagai:

    a) Membekalkan maklumat /berkaitan aktiviti remaja anjuran YSB atau agensi berkaitan

    b) Memberikan khidmat kauseling & khidmat nasihat berkaitan masalah peribadi, kekeluargaan, kendiri ataupun kerjaya

    c) Membekalkan maklumat berkaitan kerjaya , pengajian dan program-program kesukanan

    d) Membekalkan maklumat berkaitan latihan pembelajaran dan kemahiran jangka pendek

    e) Menyediakan pusat pembelajaran asas dan kemudahan ICT secara percuma dan terkawal

    f) Merangka dan menyelia aktiviti sukarelawan YSB secara terancang & setempat

 

SKATEPARK YSB

 

Projek ini dimulakan pembinaannya di sebahagian kawasan Taman Jubli Emas, Suka Menanti ALor Star pada petengahan Julai 2008 dan siap sepenuhnya pada penghujung Oktober 2008. Bantuan daripada  Kementerian Belia & Sukan Malaysia diterima sebanyak RM 200,000.00 dan YSB mendana sebanyak RM 100,000.00 manakala kawasan tanah pula disumbangkan oleh Kerajaan Negeri Kedah . Taman Jubli Emas merupakan salah satu lagi mercu tanda baru bagi Negeri Kedah sempena sambutan 50 tahun pemerintahan Tuanku Sultan Abdul Halim. Skatepark ini akan menjadi pusat aktiviti sukan lasak setempat, terancang dan berkemampuan menganjurkan pertandingan ke tahap antarabangsa. Ia juga diyakini akan menjadi salah satu dya tarikan "sport tourism" di utara tanahair khasnya di Negeri Kedah Darulaman.