A- A A+

Logo ysb

banner-logo3

Titian Ehsan

  • t1.jpg
  • t2.jpg
  • t3.jpg

Titian Ehsan

СНПЧ А7 Курск, обзоры принтеров и МФУ

Pencapaian

 

Antara Kejayaan Membanggakan

 Bagi menjayakan matlamat unit-unit ini, YSB memperuntukkan tidak kurang daripada RM300,000 setiap tahun bagi menjayakan program-program dibawah Projek Titian Ehsan ini.

Hasil sokongan jitu YSB dalam sukan ekstrem, YSB Extreme Team telah berjaya mengharumkan nama negara di Asian X-Games 2004, Groundforce Singapore Flatland Comptetition 2006 dan Surya Slim X-Games Competition 2008 di Indonesia.
 
Kini beberapa orang ahli YSB Extreme Team seringkali mendapat jemputan demo peringkat kebangsaan dan antarabangsa setanding dengan atlet ternama dunia dari Jepun, USA dan Jerman.
 
Penghujung 2008, YSB sekali lagi mengorak langkah dengan membina sebuah skatepark atas sebidang tanah sumbangan daripada Kerajaan Negeri Kedah seluas 0.5 ekar di Taman Jubli Emas, Jalan Suka Menanti, Alor Setar.
 
Kos pembinaan ’obstacle ramp’ Skatepark YSB tersebut telah menelan belanja sebanyak RM300,000 tidak termasuk kos menambun dan menurap tapak simen tersebut yang turut dibiayai oleh Kerajaan Negeri Kedah.
 
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia turut sama menyumbang sebanyak RM390,000 dalam merealisasikan hasrat ini bagi komuniti remaja amnya.
 
Dengan wujudnya skatepark ini YSB telah memperuntukkan pula sebanyak RM30,000 setiap tahun bagi urusan penyelenggaraan dan pengurusan di skatepark tersebut sepanjang tahun.
 
Sumbangan daripada pelbagai pihak amatlah diperlukan bagi mencapai hasrat YSB dan PTE dalam menjalankan amanahnya iaitu ”Membantu Mereka-mereka Yang Memerlukan” dan ”Membentuk Remaja Berwawasan”.