A- A A+

Logo ysb

banner-logo3

S5 Accordion Menu

СНПЧ А7 Курск, обзоры принтеров и МФУ

Pelajar Mutiara

 

Laporan Projek Titian Bistari 2009

1. Program Pelajar Mutiara PTB – Geo Park Langkawi

Program ini telah diadakan pada 19hb-21hb Mac 2009 melibatkan 16 orang perserta iaitu terdiri dari Pelajar Cemerlang yang merupakan Pelajar Mutiara Yayasan Sultanah Bahiyah. Kumpulan pelajar ini juga bekas pelajar cemerlang yang mendapat 5A di dalam peperiksaan UPSR tahun 2003.

Program ini diadakan dengan bertujuan untuk merapat hubungan antara sesama mereka selain mendedahkan para pelajar tersebut dengan aktiviti Geo Park Langkawi. Selama 3 hari 2 malam berada di Langkawi dengan pendedahan di berikan menjurus kepada jatidiri, keterampilan unggul dan semangat waja sebelum meneruskan pengajian keperingkat yang lebih tinggi.

Di akhir program ini para peserta seterusnya mendapat pendedahan tentang kekayaan semulajadi flora dan fauna serta pembentukan batu-batuan yang terdapat di Kilim Geoforest Park Langkawi.