Warga Emas

Yayasan Sultanah Bahiyah turut mengadakan program untuk Warga Emas di dalam kalendar tahunannya kepada masyarakat di Negeri Kedah dengan mengambil berat dan prihatin tentang golongan warga emas di abad ini.

Pelbagai sumber diperolehi dari Hospital, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, NGO dan lain-lain tentang aktiviti yang perlu dilaksanakan untuk golongan ini.

Dari sumber yang diperolehi dapatlah pihak YSB mengantur aktiviti utk golongan warga ini bagi mengatasi masalah kemurungan, kesepian, kebosanan dan berbagai sintom dan gejala yang mengkin menyebabkan golongan ini rasa terpinggir dan terasing dari masyarakat yang bukan sebaya mereka.

Yayasan Sultanah Bahiyah telah menganjurkan beberapa aktiviti bagi mengisi masa harian mereka, antaranya :-

  • Program Senaman Beramai-Ramai

  • Program Lawatan dan Riadah

  • Ceramah Kesedaran

  • Program Kemahiran

  • Program Unit Bantuan Tindakan Khas

 

PROGRAM SENAMAN BERAMAI-RAMAI

Program senaman ini diadakan bagi menggalakkan mereka untuk keluar bertemu rakan dan mencipta suasana riang dalam bentuk senaman dan aktiviti santai harian. Program ini diadakan disetiap daerah melalui kumpulan senaman masing-masing.

PROGRAM LAWATAN DAN RIADAH

Bagi program lawatan ini lebih tertumpu kepada warga emas yang berada di luar kawasan bandar untuk memberi peluang kepada mereka menikmati arus pembangunan negara dan juga melihat tempat-tempat sejarah yang mungkin berkait dengan zaman mereka semasa muda.

CERAMAH KESEDARAN

Sebagai keperihatinan terhadap golongan warga emas ini juga ceramah kesedaran turut diadakan di kampung-kampung dan juga kepada warga emas yang sudah bersara. Ceramah kesedaran ini adalah berkenaan tentang kesedaran penjagaan kesihatan di usia emas ini dan juga kesedaran terhadap sindiket penipuan yang melanda zaman teknologi sekarang.

PROGRAM KEMAHIRAN

Program ini bertujuan untuk memberi sokongan terhadap warga emas yang mempunyai kemahiran di dalam bidang yang tertentu, seperti anyaman, tenunan dan hasil kraftangan yang mana boleh menjana pendapatan ekonomi kepada mereka.

PROGRAM BANTUAN UNIT TINDAKAN KHAS WARGA EMAS

Program ini diadakan bertujuan untuk mengajak warga emas sama-sama memberi khidmat pertolongan kepada mangsa-mangsa bencana.

Bagi memantapkan Program Unit Bantuan ini, pendedahan tentang asas pertolongan cemas dan CPR, teori serta latihan kerap diadakan dengan bimbingan daripada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Kedah untuk memberi pemahaman dan kecekapan yang pantas jika berlaku sesuatu kemalangan dan kecemasan.

FB IMG
FB IMG
FB IMG
FB IMG
FB IMG
FB IMG
IMG-20200308-WA
IMG-20200308-WA
IMG-20200308-WA
IMG 20200208 115754
IMG 20200212 000427
IMG
IMG
IMG
e
e
e
e
majlis
senaman


SENIOR CITIZENS PROGRAMMES



YSB also runs Senior Citizens Programmes for the residents of Kedah State, showing concern for and paying heed to the needs of senior citizens in this modern day and age. All manners of resources are obtained from governmental organisations such as hospitals and the State Welfare Department, as well as NGOs, for the activities implemented to benefit this group. These resources enable YSB to organise activities to help senior citizens overcome problems such as depression, loneliness, boredom and other symptoms which might make them feel neglected and isolated.

YSB has organised various activities to help senior citizens fill their daily schedules, such as:

  • Group Exercise Programmes
  • Recreational Activities and Visits
  • Awareness Talks
  • Skills Programmes
  • Special Aid Response Unit Programmes

GROUP EXERCISE - This exercise programme encourages senior citizens to come out and meet their peers and exercise together in a lively atmosphere as part of their daily recreational activities. This programme is carried out in all districts, each with its own exercise group.

RECREATIONAL ACTIVITIES AND VISITS - This programme focuses on senior citizens in the rural areas to provide them with an opportunity to experience the wave of national progress and also visit historical attractions which may have links to their younger days.

AWARENESS TALKS - The health and financial wellbeing of senior citizens is the primary purpose of these awareness talks, which cover topics such as healthcare in the golden years and fraudulent syndicates in this high-tech age.

SKILLS PROGRAMMES - This programme provides support to senior citizens who have specific skillsets in fields such as canework, weaving and handicraft, which can help them generate income.

SPECIAL AID RESPONSE UNIT - The Special Aid Response Unit programme enlists senior citizens to enable them to join the general populace in providing aid to the victims of natural disasters. The senior citizens undergo basic first aid and CPR training under the guidance of the Malaysian Red Crescent Society, which provides them with an understanding of the procedures and the ability to act swiftly in case of an emergency or disaster.