Projek Titian Ehsan (PTE) merupakan suatu projek jangka panjang YSB yang disasarkan kepada golongan remaja dan belia khususnya yang berumur antara 13- 27 tahun. Projek ini diwujudkan bermatlamat bagi memberi manfaat kepada para remaja dan belia melalui pelbagai pendekatan yang bersesuaian dengan minat dan kecenderungan remaja masa kini. Projek ini membelanjakan sebanyak hampir RM 350,000.00 bagi setiap tahun.
Projek Titian Ehsan dibahagikan kepada 4 bahagian / unit iaitu:
i) BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA
Diwujudkan bagi membimbing dan menggalakkan para remaja mengamalkan gaya hidup sihat dan berwawasan melalui:
-
Aktiviti-aktiviti kesukanan remaja
-
Seminar / kem-kem motivasi bersama IPT
-
Kem kesedaran alam sekitar
-
Kem integrasi sukarelawan
-
Khidmat masyarakat sukarelawan
-
Modul pendidikan kesihatan remaja
-
Program pembangunan atlet sukan lasak
-
Seminar / bengkel komputer dan ICT
-
Pasukan Sukarelawan YSB
ii) BAHAGIAN PEMBANGUNAN KERJAYA
Diwujudkan bagi memberi khidmat nasihat, bimbingan dan penganjuran program berkaitan kerjaya seperti:
-
Seminar kerjaya
-
Pameran kerjaya dan akademik
-
Lawatan kerjaya dan lawatan ke sektor perkhidmatan dan perindustrian
-
Kem motivasi dan jatidiri kerjaya
-
Kem perpaduan remaja
iii) BAHAGIAN AUDIT DAN PENYELIDIKAN
Diwujudkan bagi menilai dan menyelidik:
-
Keberkesanan projek-projek yang dijalankan oleh setiap bahagian didalam PTE
-
Memastikan setiap program/projek yang dirancang dan dilaksanakan menepati serta bersesusaian dengan matlamat penubuhan PTE dan aspirasi remaja masakini.
-
Memberi idea-idea dan maklumbalas yang membina bagi memantapkan program yang dirancang atau dilaksanakan.
iv) UNIT KAUNSELING & INFORMASI REMAJA (U-KIR)
-
Membekalkan maklumat /berkaitan aktiviti remaja anjuran YSB atau agensi berkaitan
-
Memberikan khidmat kaunseling & khidmat nasihat berkaitan masalah peribadi, kekeluargaan, kendiri ataupun kerjaya
-
Membekalkan maklumat berkaitan kerjaya , pengajian dan program-program kesukanan
-
Membekalkan maklumat berkaitan latihan pembelajaran dan kemahiran jangka pendek
-
Merangka dan menyelia aktiviti sukarelawan YSB secara terancang & setempat
v) PASUKAN BANTUAN
10/10/2020 - Perjumpaan Ketua-ketua Sukarelawan 'YSB Support Team' Bagi Persediaan Menghadapi Bencana Banjir Monsun & Aktiviti Semasa
Bertempat di Pusat Aset Logistik YSB ST di Kuala Sungai Udang, Yan satu perjumpaan ketua-ketua unit & zon YSB ST telah diadakan bagi membincangkan hal ehwal persediaan pasukan dalam menghadapi peralihan musim tengkujuh yang sudah bermula kini.
Perbincangan meliputi persediaan mobilisasi sumber manusia, fizikal, mental & aset-aset pasukan agar siap siaga sekiranya berlakunya bencana alam dan banjir.
Aset pasukan seperti bot, enjin & kenderaan pacuan 4 roda dipastikan dalam keadaan baik & boleh digunapakai bila diperlukan.
Pematuhan kepada SOP bantuan dikala pandemik Covid-19 masih belum reda turut disentuh bersama bagi melancarkan gerakerja & memastikan keselamatan petugas serta masyarakat.
Perbincangan juga berkisar aktiviti & latihan semasa yang akan diadakan bagi memantapkan kemahiran pasukan apabila digerakatur sekiranya berlaku bencana alam dan juga penglibatan dalam khidmat masyarakat.
InsyaAllah, YSB ST bersedia membantu masyarakat yang memerlukan ketika bencana melanda khususnya bersama agensi keselamatan, kesihatan, kebajikan & pihak berkuasa berkaitan.
Jom bersama-sama Bantu YSB Membantu Mereka Yang Memerlukan.
SKATEPARK YSB – RAKAN MUDA
Projek ini dimulakan pembinaannya di sebahagian kawasan Taman Jubli Emas, Suka Menanti Alor Star pada pertengahan Julai 2008 dan siap sepenuhnya pada penghujung Oktober 2008. Bantuan daripada Kementerian Belia & Sukan Malaysia diterima sebanyak RM 390,000.00 dan YSB mendana sebanyak RM 100,000.00 manakala kawasan tanah pula disumbangkan oleh Kerajaan Negeri Kedah. Taman Jubli Emas merupakan salah satu lagi mercu tanda baru bagi Negeri Kedah sempena sambutan 50 tahun pemerintahan Tuanku Sultan Abdul Halim. Skatepark ini menjadi pusat aktiviti sukan lasak setempat, terancang dan berkemampuan menganjurkan pertandingan ke tahap antarabangsa. Ia juga diyakini akan menjadi salah satu daya tarikan “sport tourism” di utara tanahair khasnya di Negeri Kedah Darulaman.
Majlis Penutup Sustainable School Project : Recycle For Life
DETAIL SUSTAINABLE SCHOOL PROJECT-RFL
BERITA: 50 Sekolah di Kedah Sertai SSP:RFL
THE TITIAN EHSAN PROGRAMME
BACKGROUND
The Titian Ehsan Project (PTE) is a long-term undertaking by YSB targeted specifically at adolescents and youth aged between 13 and 27. It was initiated with the objective of improving the lives of this group through various approaches that suit their interests and inclinations. The annual cost of the project is almost RM350,000.
The Titian Ehsan Project is divided into four divisions or units, which are:
i) YOUTH DEVELOPMENT DIVISION
Established to guide and encourage youth to practice a healthy lifestyle and be visionary through:
- Youth sports activities
- Motivational seminars / camps with IPT
- Environmental-awareness camps
- Integrated volunteer camps
- Voluntary social service
- Youth heath education modules
- Endurance sports development programmes
- Computer and ICT seminars / workshops
- YSB Volunteers Team
ii) CAREER DEVELOPMENT DIVISION
Established to provide career advice / guidance to youth as well as conduct career-related programmes such as:
- Career seminars
- Career and academic exhibitions
- Visits to service-related companies and the industrial sector
- Motivational camps and career identification
- Youth unity camps
iii) AUDIT AND RESEARCH DIVISION
- Established to study and evaluate the effectiveness of the projects run by each division of the PTE
- Ensures that each programme / project carried out conforms to the objectives of PTE and is in line with the aspirations of today’s youth.
- Provides ideas and constructive feedback to enhance the programmes which are being planned or implemented.
iv) YOUTH COUNSELLING & INFORMATION UNIT (U-KIR)
- Provides information pertaining to the youth activities run by YSB or related agencies
- Provides counselling services and advice for personal problems, family matters, self-realisation or career paths
- Provides information related to careers, employment and sports programmes
- Provides information related to educational training and short-term skills
- Plans and supervises YSB’s voluntary activities in an organised and localised manner
v) TEAM SUPPORT
10/10/2020 -
YSB SKATEPARK – RAKAN MUDA
The construction of this project began in mid-July 2008 in Taman Jubli Emas, Suka Menanti, Alor Setar, and was completed towards the end of October that same year. YSB donated RM100,000 to the project and RM390,000 was contributed by the Ministry of Youth & Sports and, while the plot of land was provided by the Kedah State Government. Taman Jubli Emas is one of the main new landmarks in Kedah created in conjunction with the 50th anniversary celebrations of the rule of Tuanku Sultan Abdul Halim. Designed to host competitions of international standard, the skatepark is now an extreme sports centre and one of the main sports tourism attractions in Kedah and the north of Peninsula Malaysia.