Kesihatan

Unit ini dipertanggungjawabkan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan kesihatan melalui program yang mendapat kerjasama seperti Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF), Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan Yayasan EMKAY dengan menubuhkan pusat rawatan hemodialisis yang berkonsepkan amal di negeri Kedah. Antara program kesihatan yang dijalankan oleh YSB:

• Pusat Hemodialisis NKF-Yayasan Sultanah Bahiyah, Kulim
• Pusat Hemodialisis Tunku Sarina, Alor Setar
• Unit Derma Darah Bergerak
• Pemeriksaan Kesihatan Bergerak
• Klinik Katarak Bergerak Kementerian Kesihatan Malaysia - YSB

PUSAT HEMODIALISIS TUNKU SARINA, ALOR SETAR

Yayasan Sultanah Bahiyah menubuhkan pusat ini pada tahun 2006 hasil usahasama dengan Yayasan EMKAY Kerajaan Negeri Kedah juga telah memainkan peranan yang penting di dalam projek ini di mana pihak kerajaan negeri telah membenarkan penggunaan tanah kerajaan untuk tujuan projek Operasi rawatan dijalankan oleh syarikat yang dilantik iaitu Gedung Penawar Sdn Bhd yang mempunyai pengalaman yang luas di dalam perkhidmatan rawatan hemodialisis.

Yayasan Sultanah Bahiyah bertanggungjawab di dalam pengurusan keseluruhan pusat rawatan. Matlamat penubuhan pusat ini adalah untuk menyediakan kemudahan rawatan hemodialisis yang berkualiti kepada semua lapisan masyarakat dengan bayaran yang berdasarkan kemampuan pesakit selain persekitaran yang selesa dan mesra.

Pusat ini kini memberikan rawatan kepada 56 orang pesakit buah pinggang di sekitar daerah Kota Setar dengan kemudahan 13 buah mesin. Pusat ini telah dirasmikan dan diberi nama oleh Almarhum Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada 25hb Mei 2009.

PUSAT HEMODIALISIS NKF -YAYASAN SULTANAH BAHIYAH, KULIM

Yayasan Sultanah Bahiyah telah menerima sumbangan daripada Perbadanan Kemajuaan Negeri Kedah (PKNK) sebanyak RM500,000.00 pada tahun 2011 untuk menubuhkan sebuah pusat rawatan hemodialisis baru berkonsepkan amal di negeri Kedah. Atas khidmat nasihat daripada Pakar Perubatan Nephrologi Hospital Sultanah Bahiyah, pusat baru tersebut telah ditubuhkan di daerah Kulim memandangkan bilangan pesakit yang meningkat dan kekurangan pusat hemodialisis anjuran NGO di kawasan tersebut. YSB telah bekerjasama dengan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) yang mempunyai kepakaran dalam pengendalian pusat hemodialisis. YSB telah membelanjakan RM 790,000.00 bagi penyediaan 10 unit mesin dan kos pengubahsuaian premis. Pusat ini didirikan di Lot 112-113 , Kulim Avenue , Kulim Hi-Tech Park.

PEMERIKSAAN KESIHATAN BERGERAK

Program pemeriksaan kesihatan bergerak anjuran YSB telah dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) dan Sunway Group pada tahun 2012 telah mewujudkan sebuah bas bagi pemeriksaan kesihatan bergerak yang dinamakan “Mobile Health Sceening Unit” di mana kos operasi hariannya ditanggung bersama oleh YSB dan NKF yang menelan belanja RM 500,000.00 setahun.

Terdapat enam jenis pemeriksaan yang dijalankan melalui bas bergerak iaitu:
• Tekanan darah tinggi
• Ujian air kencing
• Ujian kolesterol darah
• Ujian gula dalam darah
• Indeks jisim tubuh/Ukur lilit pinggang
• Kaunseling

Program kesihatan lain yang dijalankan iaitu:
• Kem kesihatan desa
• Program kesihatan warga emas
• Program kesihatan wanita
• Program kesihatan remaja
• Program pemdedahan katarak mata dengan kerjasama Tun Hussan Onn Eye Hospital (TONEH)

UNIT DERMA DARAH BERGERAK 

Projek kesihatan Pertama YSB telah di lancarkan pada tahun 1999 dengan melaksanakan sebuah bas Unit Derma Darah Bergerak dengan usahasama Lions Club of Alor Setar Host. Bas ini digunakan bagi mendapatkan sokongan orang ramai untuk menderma darah. Sepanjang tempoh khidmatnya, bas ini berjaya mengumpulkan lebih 5,000 beg darah. Pada tahun 2012, YSB telah mendapat sumbangan sebuah bas yang bernilai RM430,000.00 bagi mengantikan bas yang lama. Bas tersebut dikendalikan oleh Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar di bawah penjagaan Unit Transfusi Wilayah Utara untuk dimanfaatkan oleh 10 buah hospital di Kedah dan Perlis.

KLINIK KATARAK BERGERAK KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA - YSB

Sempena Karnival Amal Hari Penyayang 2017, YSB telah melancarkan sebuah bas bergerak iaitu kenderaan yang dilengkapi dengan peralatan pemeriksaan mata yang disumbangkan kepada Jabatan Oftalmologi Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Projek ini menelan belanja sebanyak RM 545,000.00. Projek ini adalah bagi pemeriksaan mata bagi mengesan 4 jenis penyakit iaitu Katarak, Ralat Penglihatan (Refractive Error), Diabetic Retinopathy dan Glaucoma yang boleh menyebabkan kebutaan. Khidmat pemeriksaan mata ini akan meliputi negeri Kedah dan Perlis.

 

IMG-20190802-WA
1b
IMG-20190802-WA
20200719
FB IMG
FB IMG
FB IMG
FB IMG
FB IMG
IMG-20190802-WA
IMG-20200309-WA
1c
FB IMG
IMG-20190802-WA
1a
IMG-20190802-WA


HEALTH PROGRAMMES

This unit is carries out health-related activities including programmes run in cooperation with bodies such as the National Kidney Foundation, Kedah State Development Corporation, EMKAY Foundation and Kedah State Government, to establish charitable haemodialysis treatment centres in Kedah.
The health programmes run by YSB include the following:

  • NKF Haemodialysis Centres – Yayasan Sultanah Bahiyah, Kulim
  • Tunku Sarina Haemodialysis Centre, Alor Setar
  • Mobile Health Screening Unit
  • Mobile Blood Donation Unit
  • 1Malaysia Cataract Clinic

TUNKU SARINA HAEMODIALYSIS CENTRE, ALOR SETAR

YSB established this centre in 2006 in collaboration with the EMKAY Foundation. The Kedah Sate Government also played an important role by approving the use of state land for the centre. The centre was officially opened by KDYMM Tuanku Sultan Kedah, Almarhum Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, on May 25, 2009.

The operational aspects of the centre are carried out by an appointed company, Gedung Penawar Sdn Bhd, which has extensive experience in haemodialysis treatment services. YSB is responsible for the overall management of the centre.

The objective of the centre is to provide quality haemodialysis treatment in a comfortable and cheerful environment to all levels of society, for a fee based on the financial capability of each patient. The centre currently provides treatment to 56 kidney patients in the vicinity of Kota Setar district using 13 dialysis machines.

NKF HAEMODIALYSIS CENTRE – YAYASAN SULTANAH BAHIYAH, KULIM

YSB received RM 500, 000 from Kedah Development Board in the year 2011 to establish a new haemodialysis treatment centre in Kedah. On the advice of the Nephrology specialist at Sultanah Bahiyah Hospital, the new centre was built in Kulim district due to the rising number of kidney patients and the lack of NGO-operated haemodialysis centres in the area.

YSB spent RM790,000 for 10 dialysis machines and the renovation of the centre, which is run by the National Kidney Foundation which possesses the necessary expertise. The centre is located at Lot 112-113, Kulim Avenue, Kulim Hi-Tech Park.

MOBILE HEALTH SCREENING UNIT

This project was initiated by YSB and implemented in cooperation with the National Kidney Foundation (NKF) and the Sunway Group in the year 2012. A bus was equipped for mobile health checks and named the ‘Mobile Health Screening Unit’, with the operational costs jointly borne by YSB and NKF to a tune of RM500,000 per year.

Six types of health checks / services are provided, namely:

  • Blood pressure reading
  • Urine test
  • Cholesterol test
  • Blood sugar test
  • Body mass index / kidney circumference check
  • Counselling

Other medical programmes carried out are:

  • Countryside health camps
  • Senior citizen heath programmes
  • Women’s health programmes
  • Youth health programmes
  • Cataracts operations in collaboration with the Tun Hussein Onn National Eye Hospital (TONEH)

MOBILE BLOOD DONATION UNIT

This was the first health project undertaken by YSB in the year 1999, utilising a bus known as the Mobile Blood Donation Unit in collaboration with the Lions Club of Alor Setar. The bus was used to garner the support of the public and make it convenient for them to donate blood. The original bus succeeded in collecting more than 5,000 bags of blood until the year 2012, when YSB was presented with a new bus worth RM430,000. The Mobile Blood Donation Unit is now operated by the Sultanah Bahiyah Hospital’s North District Transfusion Unit for the benefit of 10 hospitals in Kedah and Perlis.

MOBILE CATARACT CLINIC MINISTRY OF HEALTH-YSB

In conjunction with the 2017 Hari Penyayang Charity Carnival, YSB launched a new mobile unit – a bus equipped with eye check-up equipment which was presented to the Ophthalmology Department of the Sultanah Bahiyah Hospital, Alor Setar. This project was carried out at a cost of RM545,000.00.
The mobile unit carries out tests for four types of eye diseases, namely Cataracts, Refractive Error, Diabetic Retinopathy and Glaucoma, all of which can cause blindness. The mobile service covers the states of Kedah and Perlis.