Malam Santapan Amal

Majlis Santapan Amal atau “An Evening with The Royal Patron” adalah antara satu acara mendana kewangan yang mendapat perhatian serta mengumpulkan syarikat- syarikat yang terdiri daripada para penderma Yayasan Sultanah Bahiyah. Pada kebiasaannya, Majlis Santapan Amal akan diadakan pada bulan Disember bagi menyambut Hari Keputeraan Sebenar Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Penaung DiRaja Yayasan Sultanah Bahiyah. Dalam majlis ini, kutipan dana dibuat berdasarkan jualan meja yang mana susunan dikelaskan mengikut harga yang paling tinggi hinggalah harga minimum bagi sesebuah meja. Majlis santapan amal juga sering kali mencatatkan jumlah mendana kewangan paling tinggi dengan jumlah jualan meja sehingga 70 ke 80 meja setiap tahun.

 

Malam Santapan Amal

  • Bersempena 23 tahun penubuhannya, YSB telah menganjurkan satu acara tahunan iaitu Majlis Santapan Amal YSB 2019 pada 22hb November 2019 bertempat di Sime Darby Convention Centre, Jalan Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Ianya bertujuan untuk mendana kewangan bagi menjayakan program-program kesihatan komuniti bagi tahun 2020/2021. Program tersebut ialah: ·         

    - Pusat Hemodialisis Tunku Sarina di Alor Setar, Kedah  

    - Pusat Hemodialisis NKF-YSB di Kulim, Kedah

    - Bas Tabung Darah Bergerak KKM/YSB  

    - Bas pemeriksaan kesihatan bergerak 'NKF-YSB Mobile Health Screening Unit

    - Bas pemeriksaan mata bergerak 'Klinik Katarak KKM/YSB

    Keseluruhan kos bagi program-program tersebut menelan belanja sebanyak RM500,000.00

    JD7
    JD7
    JD7
    JD7

     

     

  • MAJLIS SANTAPAN AMAL

    “AN EVENING WITH THE ROYAL PATRON 2016 & CELEBRATING YSB 20th ANNIVERSARY

    Malam

     

     7 December 2016, 20 Tahun terus berbakti. Majlis Santapan Amal “An Evening with The Royal Patron” 2016 telah diadakan dengan jayanya oleh Yayasan Sultanah Bahiyah bertempat di Imperial Ballroom One World Hotel, Petaling Jaya Selangor. Ia telah diserikan lagi dengan keberangkatan penaung DiRaja YSB, Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong ke XIV ke majlis pada malam tersebut bersama-sama Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. 

    Seperti kebiasaannya, majlis santapan amal diadakan bertujuan mengumpul dana bagi sumbangan berterusan YSB kepada mereka yang memerlukan dan golongan kurang bernasib baik terutama rakyat di Negeri Kedah. Selain itu, ia  juga diadakan khas untuk menyambut Hari Keputeraan Sebenar Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong yang ke 89.

    Turut berangkat hadir ke majlis ialah Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, YTM Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Temenggong Kedah bersama-sama YTM Tunku Puan Temenggong Kedah, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak serta isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Teramat Mulia Raja Nor Mahani Binti Raja Shahar Shah, Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Tan Sri Iskandar Dzulkarnain Alhaj Ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah serta Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak, Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Soraya Binti Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, YTM Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Laksamana Kedah (Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah) serta Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah sendiri YTM Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Tunku Panglima Besar Kedah, (Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah)

    Yang Teramat  Mulia Tunku Panglima Besar Kedah juga turut berkenan menyampaikan beberapa  buah lagu bagi memeriahkan acara dan sebagai tanda penghargaan kepada penderma-penderma yang  terus menyokong YSB selama ini.

    Tayangan video khas “20 Tahun Yayasan Sultanah Bahiyah” berdurasi 45 minit yang menceritakan kembali sejarah penubuhan Yayasan Sultanah Bahiyah serta kejayaan-kejayaan yang telah ditempa serta momen-momen penting melibatkan Penaung DiRaja Pertama iaitu Almarhumah Sultanah Hajjah Bahiyah Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dan Penaung DiRaja sekarang iaitu Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV, Almu’tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah.

    Pada malam itu juga YSB turut  melancarkan projek mendana kewangan terbarunya iaitu Pelancaran Nombor Pendaftaran Khas SMS yang bermaksud (Sultan Abdul HaLIM Mu’adzam Shah) bermula dari angka 1 hingga 9999 sempena memuliakan pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Ke-5 dan Ke-14 yang memahat sejarah tersendiri sebagai seorang pemerintah yang manaiki takhta kerajaan Malaysia sebagai Seri Paduka Yang DiPertuan Agong sebanyak 2 kali.

    Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong XIV juga berkenan membeli Nombor Pendaftaran Khas,  SMS 1 dengan nilai RM 1 Juta yang diserahkan kepada Pengerusi YSB, YTM Tunku Panglima Besar Kedah.

    Di dalam majlis yang sama, pihak Perintis Jerai Sdn Bhd yang merupakan pihak yang dilantik bagi mengendalikan urusan jual beli Nombor Pendaftaran Khas ini turut menyerahkan RM 1 Juta kepada YSB serta sebuah MPV Hyundai Grand Starex 2.5 Royale bagi kegunaan Yayasan Sultanah Bahiyah.

    Hasil daripada penjualan meja pada malam tersebut berjaya mengumpulkan sejumlah RM 4,557,900.00 yang merupakan kutipan terbesar pada tahun 2016 melalui acara mendana kewangan. Antara penyumbang pada Majlis Santapan Amal 2016 adalah Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, ECK Development Sdn Bhd, Perintis Jerai Sdn Bhd, Seri Panglima Sdn Bhd, Yayasan Al-Bukhary, SC Estate World Sdn Bhd, UEM Group Berhad, Lai Hin Trading Sdn Bhd, The Weststar Group, Impressive Communication Sdn Bhd, Tone Group, Yayasan Muhibah Tan Sri Fng Ah Seng, Bina Darulaman Berhad, Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah, Beng Teik Foundation, E-Idaman Sdn Bhd, Golden Pencil Sdn Bhd, Synergy Energy (Labuan) Ltd, Alaf Strategi Sdn Bhd, dan lain-lain lagi.

    Terima kasih Yayasan Sultanah Bahiyah ucapkan kepada semua penyumbang yang terus komited membantu usaha murni YSB dalam kerja-kerja kebajikan membantu mereka yang kurang berkemampuan serta menjayakan Majlis Santapan Amal YSB dan meraikan 20 Tahun penubuhannya.

     

     

  • MAJLIS SANTAPAN AMAL“AN EVENING WITH THE ROYAL PATRON”

    Majlis Santapan Amal 2015 

    9 December 2015, Majlis Santapan Amal “An Evening with The Royal Patron” 2015 telah diadakan dengan jayanya oleh Yayasan Sultanah Bahiyah bertempat di Grand Ballroom One World Hotel, Petaling Jaya Selangor. Ia telah diserikan lagi dengan keberangkatan penaung DiRaja YSB, Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong ke majlis pada malam tersebut.  

    Ia diadakan bertujuan mengumpul dana bagi sumbangan berterusan YSB kepada mereka yang memerlukan dan golongan kurang bernasib baik. Selain itu, malam itu juga diadakan khas untuk menyambut Hari Keputeraan Sebenar Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong yang ke 88.

    Yang Teramat  Mulia Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Tunku Panglima Besar Kedah, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah juga turut menyampaikan beberapa  buah lagu bagi memeriahkan acara dan sebagai tanda penghargaan kepada penderma-penderma yang menyokong YSB selama ini.

    Pada malam tersebut juga telah diadakan tayangan video “Odisi Tuanku Sultan Abdul Halim” berdurasi 45 minit yang menceritakan kembali saat & momen selama memerintah kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. 

    Hasil dari jualan meja untuk mengumpul dana YSB pada malam bersama penaung DiRaja tersebut berjaya mengumpulkan sejumlah RM 3,048,000.00. Turut menyumbang adalah Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, The Weststar Group, T & T  Pacific Sdn Bhd, Jati Foundation, MKH Berhad, Puteri Nusantara Sdn Bhd, Tone Group, Yayasan Muhibah Tan Sri Fng Ah Seng, Bank Simpanan Nasional, Taliworks Sdn Bhd, Teguh Harian Sdn Bhd, Beng Teik Foundation, E-Idaman, Cyeberjaya University College Of Medical Sciences, SC Estate World Sdn Bhd, Al-Faiz Group dan lain-lain lagi. 

     

    JB5
    JB5
    JB5
    JB5
    JB5
    JB5
    JB5
    JC5
    JC5
    JC5
    JC5
    JC5
    Majlis-Santapan-Amal-

     

     

  • Malam Santapan Amal "An Evening with The Royal Patron" 2014

     Santapan Amal 18

    Malam Santapan Amal "An Evening with The Royal Patron" 2014 telah diadakan di One World Hotel, Petaling Jaya dengan jayanya oleh Yayasan Sultanah Bahiyah pada 10hb Disember 2014 yang lalu.

    Ia diadakan bertujuan mengumpul dana bagi sumbangan berterusan YSB kepada mereka yang memerlukan dan golongan kurang bernasib baik. Selain itu, malam itu juga diadakan khas untuk menyambut Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong yang ke 87.

    Pada malam tersebut, Yang Teramat Mulia Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Tunku Panglima Besar Kedah, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah turut menyampaikan beberapa buah lagu bagi memeriahkan acara dan sebagai tanda penghargaan kepada penderma-penderma yang menyokong YSB selama ini.

    Antara lagu yang dinyayikan adalah Tinggi Gunung Seribu Janji, Teruna Idamanku, Tunggu Sekejap, Let There Be Love, The Moon Represent My Heart, Fly Me To The Moon, It’s Impossible, Hello Dolly and That’s What Friends Are For.

    Ia turut menarik minat syarikat-syarikat korporat yang tampil menaja lagu-lagu yang dinyayikan termasuklah Yayasan Azman Hashim yang menaja sejumlah RM 200,000.00 dan keseluruhan tajaan lagu bernilai RM 400,000.00.

     

    Santapan Amal
    Santapan Amal
    Santapan Amal
    Santapan Amal
    Santapan Amal
    Santapan Amal
    Santapan Amal
    Santapan Amal
    Santapan Amal
    Santapan Amal
    Santapan Amal
    Santapan Amal
    Santapan Amal
    Santapan Amal
    Santapan Amal
    Santapan Amal
    Santapan Amal
    Santapan Amal
    Santapan Amal
    Santapan Amal
    Santapan Amal
    Santapan Amal
    Santapan Amal
    Santapan Amal
    Santapan Amal
    Santapan Amal
    Santapan Amal
    Santapan Amal
    Santapan Amal
    Santapan Amal

     

     

  •  Image001

    Pada 04hb Disember 2013 yang lalu, Yayasan Sultanah Bahiyah telah mengadakan Majlis Santapan Amal “An Evening With The Royal Patron” di Imperial Ballroom, One World Hotel, Petaling Jaya Selangor. Ia berobjektif untuk mendana tabung kewangan YSB disamping meraikan Ulangtahun Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

    Pada tahun ini, YSB ingin menyalurkan dana yang diterima hasil kutipan Majlis Santapan Amal kepada program – program kesihatan komuniti. Ia termasuklah Unit Derma Darah Bergerak, Pemeriksaan Kesihatan Bergerak, dan Pusat Hemodialisis yang dimiliki oleh Yayasan Sultanah Bahiyah untuk membantu mereka yang memerlukan serta kurang berkemampuan terutama rakyat negeri Kedah. Perlaksanaan Program Kesihatan YSB terbentuk dengan jayanya hasil kerjasama yang erat dengan Kerajaan Negeri Kedah dan syarikat – syarikat korporat.

    Majlis Santapan Amal pada tahun ini turut diserikan dengan Pelancaran Buku Terbitan Universiti Islam Antarabangsa berjudul “Making A Return” atau Kembali Bertahkta. Ia merupakan sebuah buku DiRaja mengenai KDYMM Tuanku Abdul Halim Mu’Adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah sempena pelantikan Baginda sebagai Yang DiPertuan Agong Ke 14. Sesungguhnya buku ini diilhamkan untuk memberi peluang kepada pembaca bagi mengenali kehidupan KDYMM Tuanku Abdul Halim Mu’Adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah melalui gambar yang memaparkankan pelbagai wajah dan gaya serta menceritakan dalam seribu bahasa. 

     

    image
    image
    image
    image
    image
    image
    image
    image
    image
    image
    image
    image
    image
    image
    image

     

     

     

  • pagepatron12
    pagepatron12
    pagepatron12
    pagepatron12
    pagepatron12
    pagepatron12