Report Card Covid-19

Pandemik COVID-19 telah menjadi cabaran kepada kita semua. Wabak ini melanda dan memberi kesan kepada semua penduduk serta anggota masyarakat dalam situasi yang paling tertekan. Golongan yang tekesan tidak mengira latar belakang, warna kulit dan sebagainya tidak terkecuali orang kurang upaya dan kanak-kanak.

Justeru Yayasan Sultanah Bahiyah mengambil langkah proaktif dalam menangani permasalahan yang timbul akibat pandemik yang melanda khususnya penduduk Negeri Kedah Darul Aman yang terkesan.

Antara keperluan yang dikenal pasti bagi membantu sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah barangan keperluan asas harian kepada golongan keluarga yang terkesan.

Namun, dengan sumbangan daripada para dermawan YSB telah menyediakan agihan makanan dan alatan kelengkapan pelindungan diri seperti topeng penutup muka, pelindung muka dan hand sanitizer kepada barisan hadapan perubatan selama dua bulan.

YSB juga menganjurkan kempen derma darah untuk menampung tabung darah Hospital. Kempen tersebut di telah dilaksanakan di Hospital Sultanah Bahiyah dan Hospital Alor Setar.

 

 

 


Sumbangan Covid-19

 

EMVN
IMG
IMG
IMG
ITWG
JJYF
KWBG
XWVG
img
img
img
img
img
img
img