A- A A+

Logo ysb

banner-logo3

СНПЧ А7 Курск, обзоры принтеров и МФУ

     Pencapaian Yayasan Sultanah Bahiyah kini telah sampai ke tahap yang boleh dibanggakan sejak penubuhannya, selaras dengan objektif kerajaan mempertingkatkan peranan NGO dalam usaha membantu golongan yang memerlukan. Melalui usaha-usaha murni yang dilaksanakan oleh Yayasan Sultanah Bahiyah, kini ramai golongan yang kurang bernasib baik semakin terbela dan dibantu. 


      Beta mengucapkan tahniah di atas usaha-usaha yang dilaksanakan oleh YSB. Beta menyeru agar semua pihak terus menyokong dalam menjayakan misi dan visi YSB. Ini termasuklah penyumbang dan penderma, sukarelawan-sukarelawan, jabatan kerajaan, agensi korporat dan semua yang termampu. Akhir sekali, Beta mendoakan semoga YSB terus teguh dan maju di bawah pimpinan anakanda Beta selaku Pengerusi bersama-sama barisan Ahli Lembaga Amanah yang amat berpengalaman serta kakitangan yang sentiasa berusaha dengan jujur, setia dan amanah.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah Sultan Negeri Kedah Darul Aman, 

D.K.,DKH.,DMN.,DUK.,DMK.,DK (Kelantan), DK. (Pahang), DK. (Selangor), DK.(Perlis), DK (Negeri Sembilan), DK (Johor), DK (Terengganu), DK (Perak), DK (Brunei), DP (Sarawak), DUNM., SMDK., SHMS., SGMK.,SPMK., SSDK., Grand Cordon of The Order of the Rising Sun of Japan, Bintang Maha Putra Adipradana (Indonesia), Order of the Rammata Thailand, Honourable Knight Grand Cross Order of the Bath of U.K., Asso. Knight Order of St. John, Collar of The Supreme Order of The Chrysanthemum and Grand Cordon of The Supreme Order of The Chrysanthemum (Japan), The Knight of The Most Ilustrious Order of The Royal House of Chakri (Thailand)., Hon. Ph.D (UUM)