A- A A+

Logo ysb

banner-logo3

СНПЧ А7 Курск, обзоры принтеров и МФУ

Latar Belakang YSB

Yayasan Sultanah Bahiyah ialah sebuah organisasi amal yang dinamakan bersempena dengan nama pengasas dan penaung Di Raja yang pertama iaitu Almarhumah Tuanku Sultanah Hajjah Bahiyah Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. YSB diperbadankan pada 20 Ogos 1996. Ianya ditadbir oleh sebuah Lembaga Amanah dan kini diterajui oleh YTM Tunku Temenggong Kedah Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai pengerusi. YSB mempunyai dua peranan utama iaitu sebagai agen perubahan di dalam kerja-kerja kemasyarakatan melalui pendidikan, pembangunan komuniti, kesihatan, remaja dan belia serta inisiatif latihan
 
 Keduanya adalah bekerjasama dengan badan bukan kerajaan lain dan juga badan-badan korporat di dalam projek-projek kebajikan. YSB juga menyediakan geran kewangan kepada badan-badan kebajikan di negeri Kedah bagi membantu mereka menjalankan aktiviti mereka. Kesemua program-program ini dijayakan dengan hasil usaha pengumpulan dana sendiri dan juga melalui sumbangan yang diterima daripada pihak awam. Program dan aktiviti YSB merangkumi aspek yang luas dan melibatkan kesemua peringkat umur. Satu keistimewaan yang dinikmati oleh YSB ialah status pengecualian cukai bagi semua kegiatan-kegiatan yang dilaksanakan.

Klik untuk paparan video