Latar Belakang YSB

Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) ialah sebuah organisasi amal yang dinamakan bersempena dengan nama pengasas dan Penaung Di Raja yang pertama iaitu Almarhumah Tuanku Sultanah Hajjah Bahiyah Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. YSB diperbadankan pada 20 Ogos 1996. Ianya ditadbir oleh sebuah Lembaga Amanah dan kini diterajui oleh YTM Tunku Temenggong Kedah, Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai pengerusi. YSB mempunyai dua peranan utama iaitu sebagai agen perubahan di dalam kerja-kerja kemasyarakatan melalui pendidikan, pembangunan komuniti, kesihatan, remaja dan belia serta inisiatif latihan.

Keduanya adalah bekerjasama dengan badan bukan kerajaan lain dan juga badan-badan korporat di dalam projek-projek kebajikan. YSB juga menyediakan geran kewangan kepada badan-badan kebajikan di negeri Kedah bagi membantu mereka menjalankan aktiviti mereka. Kesemua program-program ini dijayakan dengan hasil usaha pengumpulan dana sendiri dan juga melalui sumbangan yang diterima daripada pihak awam. Program dan aktiviti YSB merangkumi aspek yang luas dan melibatkan kesemua peringkat umur. Satu keistimewaan yang dinikmati oleh YSB ialah status pengecualian cukai bagi semua kegiatan-kegiatan yang dilaksanakan.


Background

Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB), or the Sultanah Bahiyah Foundation, is a charitable organisation named after its founder and first Royal Patron, Almarhumah Tuanku Sultanah Hajjah Bahiyah Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.  YSB was established on August 20, 1996 as a charitable organisation and is now helmed by YTM Tunku Temenggong Kedah, Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, as chairman.

YSB has two main roles, which are to act as agent of social change through education, community development, health, children and youth, as well as the implementation of training initiatives. The second role of YSB is to provides financial grants. Both roles are carried out in cooperation with other non-governmental organisations (NGOs) and corporate bodies through various welfare projects.

The programmes and activities of YSB span a wide spectrum and involve all age groups.  All of these are facilitated and financed by self-initiated fund-raising campaigns and donations received from the general public.  YSB also provides financial grants to other welfare organisations in the state of Kedah to help them carry out their activities. 

One of the special privileges enjoyed by YSB is tax-exempt status for all of its activities.