A- A A+

Logo ysb

banner-logo3

СНПЧ А7 Курск, обзоры принтеров и МФУ

PERTANDINGAN GOLF AMAL 2018

ANJURAN YAYASAN SULTANAH BAHIYAH

Glenmarie GCC, 09 Ogos 2018 – Pertandingan golf amal yang dianjurkan oleh Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) telah berjaya mengumpul dana berjumlah RM 440,000.00 ringgit untuk menjalankan projek-projek kemasyarakatan khususnya bagi penduduk Negeri Kedah Darul Aman. Pertandingan ini telah diadakan di Glenmarie Golf & Country Club dengan jumlah penyertaan seramai 80 orang pemain yang rata-ratanya adalah penderma. Pada tahun ini, tujuan pengumpulan dana memfokuskan kepada projek kesihatan antaranya ialah projek-projek serta program-program yang dijalankan oleh YSB adalah seperti program kesihatan komuniti seperti Pusat Hemodialisis, Unit Tabung Darah Bergerak, serta Program Saringan Kesihatan Bergerak yang bakal menelan belanja RM 1.5 juta. Di dalam majlis santapan tengahari, YSB turut menyumbang sebuah mesin imbasan katerak mata ‘fundus camera’ yang bernilai RM 95,000.00 yang diberikan kepada Jabatan Oftalmologi Hospital Sultanah Bahiyah. Pertandingan Golf Amal pada tahun ini telah mendapat penajaan utama dari Million Ideas Construction Property Development & Maintanance, Yayasan Al Bukhari, E-Idaman Sdn Bhd, MMC Corporation Berhad, Malakoff Corporation Berhad, Longwan Trading Sdn Bhd, DRB Hicom, Advanced Protocol Security Sdn Bhd, Keriang Hill Resort, Yayasan Muhibah Tan Sri Fng Ah Seng, Jasmine Food Corporation, EUPE Kamajuan Sdn Bhd, Johor Port Corporation Berhad, RGB Sdn Bhd, Golden Pencil Sdn Bhd, Perintis Jerai Sdn Bhd, FGV dan lain-lain sumbangan perseorangan serta barangan. Berkenan berangkat menyertai pertandingan golf amal pada edisi kali ini adalah DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, YMM Che Puan Besar Kedah, YTM Tunku Temenggong Kedah (Pengerusi YSB) dan beberapa tetamu kenamaan yang lain.