A- A A+

Logo ysb

banner-logo3

СНПЧ А7 Курск, обзоры принтеров и МФУ

PERTANDINGAN GOLF AMAL 2014
ANJURAN YAYASAN SULTANAH BAHIYAH

Kota Kemuning, 10 April 2014 – Pertandingan golf amal yang dianjurkan oleh Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) telah berjaya mengumpul dana berjumlah RM1,000,000.00   untuk menjalankan projek-projek kemasyarakatan khususnya bagi penduduk Negeri Kedah Darul Aman. Pertandingan yang mempamerkan kecekapan pemain-pemain telah diadakan di Kota Permai Golf & Country Club dengan jumlah penyertaan seramai 120 orang pemain yang rata-ratanya adalah penderma. Pertandingan golf amal ini diserikan lagi dengan keberangkatan Penaung DiRaja YSB, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong bersama-sama Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Turut diselitkan dalam titah ucapan Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah, YTM Tunku Panglima Besar Kedah, Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah ialah mendoakan kesejahteraan dan keselamatan penumpang penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac 2014 yang lalu. Pada tahun ini, tujuan pengumpulan dana memfokuskan kepada projek kesihatan antaranya ialah projek-projek serta program-program yang dijalankan oleh YSB adalah seperti program kesihatan komuniti seperti Pusat Hemodialisis, Unit Tabung Darah Bergerak, serta Program Saringan Kesihatan Bergerak yang bakal menelan belanja RM 1.5 juta.

Pertandingan Golf Amal pada tahun ini telah mendapat penajaan utama dari Weststar group of Companies serta penaja bersama iaitu Kerajaan Negeri Kedah, Yayasan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Paramount Property Development Sdn Bhd, National Aerospace & Defence Industries Sdn Bhd, Yayasan Muhibah Tan Sri Fng Ah Seng, Tone Excel Sdn Bhd, MMC-GAMUDA Joint Venture Sdn Bhd dan Optimax Eyecare Sdn Bhd. Turut menyertai pertandingan golf amal ini adalah Pengerusi serta Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah dan beberapa tetamu kenamaan yang lain. Berikut adalah senarai pemenang utama :
 

Senarai pemenang kategori lelaki:-

Ranking 1 : ENCIK NOR AFSHAM BIN MOHD NASIR    Hcp: 12   Score : 38

Ranking 1 : YB DATO’ HAJI TAJUL URUS BIN MAT ZAIN    Hcp: 9   Score : 37

Ranking 1 :  ENCIK VIKRAM SECENDRAN    Hcp: 10   Score : 37


Senarai pemenang kategori perempuan:-

Ranking 1 : CIK IDA FAHANY BINTI DATO' OSMAN    Hcp: 9   Score : 37

Ranking 1 : SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG    Hcp: 11   Score : 36

Ranking 1 :  YTM TUNKU PANGLIMA BESAR KEDAH   Hcp: 13   Score : 36

Klik gambar di bawah untuk gambar lebih besar