A- A A+

Logo ysb

banner-logo3

MAJLIS SANTAPAN AMAL ‘AN EVENING WITH THE ROYAL PATRON”
 

Pada 04hb Disember 2013 yang lalu, Yayasan Sultanah Bahiyah telah mengadakan Majlis Santapan Amal “An Evening With The Royal Patron” di Imperial Ballroom, One World Hotel, Petaling Jaya Selangor. Ia berobjektif untuk mendana tabung kewangan YSB disamping meraikan Ulangtahun Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.


Pada tahun ini, YSB ingin menyalurkan dana yang diterima hasil kutipan Majlis Santapan Amal kepada program – program kesihatan komuniti. Ia termasuklah Unit Derma Darah Bergerak, Pemeriksaan Kesihatan Bergerak, dan Pusat Hemodialisis yang dimiliki oleh Yayasan Sultanah Bahiyah untuk membantu mereka yang memerlukan serta kurang berkemampuan terutama rakyat negeri Kedah. Perlaksanaan Program Kesihatan YSB terbentuk dengan jayanya hasil kerjasama yang erat dengan Kerajaan Negeri Kedah dan syarikat – syarikat korporat.


Majlis Santapan Amal pada tahun ini turut diserikan dengan Pelancaran Buku Terbitan Universiti Islam Antarabangsa berjudul “Making A Return” atau Kembali Bertahkta. Ia merupakan sebuah buku DiRaja mengenai KDYMM Tuanku Abdul Halim Mu’Adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah sempena pelantikan Baginda sebagai Yang DiPertuan Agong Ke 14. Sesungguhnya buku ini diilhamkan untuk memberi peluang kepada pembaca bagi mengenali kehidupan KDYMM Tuanku Abdul Halim Mu’Adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah melalui gambar yang memaparkankan pelbagai wajah dan gaya serta menceritakan dalam seribu bahasa.