A- A A+

Logo ysb

banner-logo3

СНПЧ А7 Курск, обзоры принтеров и МФУ

YTM Tunku Panglima Besar Kedah mendendangkan lagu dengan penuh penghayatan

Pada 9 September yang lalu telah berlangsung satu acara amal yang gilang gemilang di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman, Alor Setar , Kedah Darul Aman. Acara yang di maksudkan tersebut adalah Konsert Amal Senandung Kasih. Tujuan konsert ini diadakan adalah untuk mendana tabung penubuhan Pusat Hemodialisis YSB-NKF di Kulim.

Antara barisan artis yang membuat persembahan pada malam konsert


Sebahagian daripada penyumbang yang menerima penghargaan

Ramai yang hadir dan memberi sokongan pada malam konsert tersebut. Tiket-tiket dijual pada harga RM50, RM100, RM200. Acara diserikan oleh kehadiran penyanyi terkenal tanahair iaitu Lee Sinje dan Elaine Kang. Kemunculan mereka penjadi pengubat rindu kepada peminat-peminat yang hadir. Selain itu persembahan konsert juga turut dijayakan oleh beberapa artis lain dan kumpulan persembahan seperti The Sparklers, Ke Xin Yu, Nur Farahin Mahadi, Kumpulan Koir SMK Sultanah Bahiyah, Kumpulan Gamelan Universiti Teknologi PETRONAS, Orkestra Klasik Cina Chee Yang Kor dan Pasukan Orkestra Cina SMJK Keat Hwa

Apapun, kemunculan istimewa YTM Tunku Panglima Besar Kedah Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Kebawah DYMM Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah menyampaikan dua buah lagu iaitu Tanah Pusaka dan The Moon Represents My Heart(dalam bahasa mandarin) amat memukau penonton yang hadir. Penghayatan dan kualiti vokal menyentuh hati pendengar.

Konsert Amal Senandung Kasih 2011 ini berjaya mencapai objektifnya dan pada masa yang sama turut dapat menghiburkan penonton yang datang.