A- A A+

Logo ysb

banner-logo3

KARNIVAL AMAL HARI PENYAYANG 2015


Anjuran Yayasan Sultanah Bahiyah
Karnival Amal Hari Penyayang 2015 berlangsung dengan jayanya pada tahun ini dengan diwarnai oleh pelbagai acara, jualan dan aktiviti menarik sepanjang 3 hari bermula 28 hingga 30 Mei yang lalu. Bermula dengan ceramah khas Datuk Ustaz Kazim dalam slot khas Astro Oasis ”Kalau Dah Jodoh”, ia menarik tumpuan serta peminat dari pelbagai golongan masyarakat yang hadir menyaksikan secara langsung program yang berlangsung selama hampir 2 jam itu.

Pada tahun ini, bahagian mendana kewangan memfokuskan pengumpulan dana bagi sebuah lagi projek komuniti iaitu projek Titian Bistari. Projek tuisyen secara percuma ini dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Sultanah Bahiyah dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah. Ia berobjektif untuk membantu dan meningkatkan tahap keupayaan murid – murid miskin yang berpotensi di kawasan pedalaman terutamanya mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains. Projek ini menelan belanja hampir 1.2 Juta ringgit setahun.   

Turut berkenan berangkat hadir ke acara lelongan amal pada tahun ini adalah YTM Tunku Temenggong Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah dan YTM Tunku Laksamana Kedah, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Dengan konsep “Berhibur Sambil Menderma”, pelbagai acara telah diadakan bagi menarik pengunjung dari seluruh Negeri Kedah serta kawasan sekitar berdekatan bagi memeriahkan lagi karnival ini yang akan berlangsung selama 3 hari ini. Antara acara-acara yang bakal dianjurkan adalah Bazar Kebajikan, Bazar Makanan & Kafe Penyayang, Kempen Derma Darah, Pameran Kerjaya & NGO, Sukan Remaja – Pertandingan Futsal Remaja, Larian Bendang Kedah, Pertandingan Seni Suara Burung, Peraduan Mewarna Kanak-kanak, dan juga Persembahan artis terkenal tanah air antaranya Ameila AF, Datuk Fazley, Imran Ajmain, Ezad Lazim, Elizabeth Tan dan Awi Rafael. Tidak ketinggalan hadiah-hadiah menarik dari hasil cabutan bertuah dengan hadiah utama sebuah motorsikal yang telah menarik ramai pengunjung.

Jumlah pengunjung yang hadir pada Karnival Amal Hari Penyayang 2015 pada tahun ini dianggarkan melebihi 40,000 orang serta hasil mendana kewangan pada tahun ini mencatatkan sejumlah RM 1.2 Juta.

Terima kasih Yayasan Sultanah Bahiyah ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Karnival Amal pada tahun ini termasuklah Kerajaan Negeri Kedah, Ahli Jawatankuasa Induk, Penderma – Penderma ( Levent Corporation Sdn Bhd, Sendok Group, Bank Simpanan Nasional, Tone Group, PP Chin Hin Sdn Bhd, Yayasan Muhibah Tan Sri Fng Ah Seng, Lai Hin Trading Sdn Bhd dan Jai Wei Tyres Sdn Bhd ) serta Sukarelawan – sukarelawan yang sentiasa bersedia dalam memberikan sepenuh keringat kepada apa sahaja acara anjuran YSB.