KARNIVAL AMAL HARI PENYAYANG 2016
Anjuran Yayasan Sultanah Bahiyah


Memasuki edisi ke 18 penganjuran, Karnival Amal Hari Penyayang 2016 semestinya telah berada pada kelasnya yang tersendiri dan berlangsung dengan jayanya selama 2 hari iaitu pada 13 & 14 Mei yang lalu.

Read more: KARNIVAL AMAL HARI PENYAYANG 2016

KARNIVAL AMAL HARI PENYAYANG 2015


Anjuran Yayasan Sultanah Bahiyah
Karnival Amal Hari Penyayang 2015 berlangsung dengan jayanya pada tahun ini dengan diwarnai oleh pelbagai acara, jualan dan aktiviti menarik sepanjang 3 hari bermula 28 hingga 30 Mei yang lalu. Bermula dengan ceramah khas Datuk Ustaz Kazim dalam slot khas Astro Oasis ”Kalau Dah Jodoh”, ia menarik tumpuan serta peminat dari pelbagai golongan masyarakat yang hadir menyaksikan secara langsung program yang berlangsung selama hampir 2 jam itu.

Pada tahun ini, bahagian mendana kewangan memfokuskan pengumpulan dana bagi sebuah lagi projek komuniti iaitu projek Titian Bistari. Projek tuisyen secara percuma ini dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Sultanah Bahiyah dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah. Ia berobjektif untuk membantu dan meningkatkan tahap keupayaan murid – murid miskin yang berpotensi di kawasan pedalaman terutamanya mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains. Projek ini menelan belanja hampir 1.2 Juta ringgit setahun.   

Turut berkenan berangkat hadir ke acara lelongan amal pada tahun ini adalah YTM Tunku Temenggong Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah dan YTM Tunku Laksamana Kedah, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Dengan konsep “Berhibur Sambil Menderma”, pelbagai acara telah diadakan bagi menarik pengunjung dari seluruh Negeri Kedah serta kawasan sekitar berdekatan bagi memeriahkan lagi karnival ini yang akan berlangsung selama 3 hari ini. Antara acara-acara yang bakal dianjurkan adalah Bazar Kebajikan, Bazar Makanan & Kafe Penyayang, Kempen Derma Darah, Pameran Kerjaya & NGO, Sukan Remaja – Pertandingan Futsal Remaja, Larian Bendang Kedah, Pertandingan Seni Suara Burung, Peraduan Mewarna Kanak-kanak, dan juga Persembahan artis terkenal tanah air antaranya Ameila AF, Datuk Fazley, Imran Ajmain, Ezad Lazim, Elizabeth Tan dan Awi Rafael. Tidak ketinggalan hadiah-hadiah menarik dari hasil cabutan bertuah dengan hadiah utama sebuah motorsikal yang telah menarik ramai pengunjung.

Jumlah pengunjung yang hadir pada Karnival Amal Hari Penyayang 2015 pada tahun ini dianggarkan melebihi 40,000 orang serta hasil mendana kewangan pada tahun ini mencatatkan sejumlah RM 1.2 Juta.

Terima kasih Yayasan Sultanah Bahiyah ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Karnival Amal pada tahun ini termasuklah Kerajaan Negeri Kedah, Ahli Jawatankuasa Induk, Penderma – Penderma ( Levent Corporation Sdn Bhd, Sendok Group, Bank Simpanan Nasional, Tone Group, PP Chin Hin Sdn Bhd, Yayasan Muhibah Tan Sri Fng Ah Seng, Lai Hin Trading Sdn Bhd dan Jai Wei Tyres Sdn Bhd ) serta Sukarelawan – sukarelawan yang sentiasa bersedia dalam memberikan sepenuh keringat kepada apa sahaja acara anjuran YSB.

 

Malam Santapan Amal "An Evening with The Royal Patron" 2014

 

Malam Santapan Amal "An Evening with The Royal Patron" 2014 telah diadakan di One World Hotel, Petaling Jaya dengan jayanya oleh Yayasan Sultanah Bahiyah pada 10hb Disember 2014 yang lalu.

Ia diadakan bertujuan mengumpul dana bagi sumbangan berterusan YSB kepada mereka yang memerlukan dan golongan kurang bernasib baik. Selain itu, malam itu juga diadakan khas untuk menyambut Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong yang ke 87.

Pada malam tersebut, Yang Teramat Mulia Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Tunku Panglima Besar Kedah, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah turut menyampaikan beberapa buah lagu bagi memeriahkan acara dan sebagai tanda penghargaan kepada penderma-penderma yang menyokong YSB selama ini.

Antara lagu yang dinyayikan adalah Tinggi Gunung Seribu Janji, Teruna Idamanku, Tunggu Sekejap, Let There Be Love, The Moon Represent My Heart, Fly Me To The Moon, It’s Impossible, Hello Dolly and That’s What Friends Are For.

Ia turut menarik minat syarikat-syarikat korporat yang tampil menaja lagu-lagu yang dinyayikan termasuklah Yayasan Azman Hashim yang menaja sejumlah RM 200,000.00 dan keseluruhan tajaan lagu bernilai RM 400,000.00.


PERTANDINGAN GOLF AMAL YSB 2015

Sila Klik untuk paparan gambar lagi besar

 
16 April 2015 – Acara tahunan YSB bagi mendana kewangan iaitu Pertandingan golf amal telah Berjaya dijalankan serta mengumpul dana berjumlah RM712,000.00 ringgit untuk menjalankan projek-projek kemasyarakatan khususnya bagi penduduk Negeri Kedah Darul Aman. Pengumpulan dana pada tahun ini lebih menjurus kepada program-program kesihatan yang dijalankan oleh YSB antaranya seperti Pusat Hemodialisis, Unit Tabung Darah Bergerak, serta Program Saringan Kesihatan Bergerak yang bakal menelan belanja RM 1.5 juta setahun.

Pertandingan yang berlangsung dengan cuaca yang baik telah diadakan di Glenmarie Golf & Country Club dengan jumlah penyertaan seramai hampir 100 orang pemain yang rata-ratanya adalah penderma.

Pertandingan golf amal ini diserikan lagi dengan keberangkatan YTM Dato’ Seri DiRaja Tan     Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Temenggong Kedah (Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah), YTM Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Laksamana Kedah (Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah), YTM Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Tunku Panglima Besar Kedah (Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah) PENGERUSI YAYASAN SULTANAH BAHIYAH dan DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Iskandar Dzulkarnain AlHaj Ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah.


Berikut merupakan penaja dan penyumbang bagi Pertandingan Golf Amal 2015:

                        PENAJA EMAS
                Yayasan Muhibah Tan Sri Fng Ah Seng
                Haji Ismail Group
                High Point Worldwide Sdn Bhd
                Weststar Group of Companies

                        PENAJA PERAK

                EUPE Kemajuan Sdn Bhd
                Paramount Property Development Sdn Bhd
                MMC Corporation Berhad
                Bina Darulaman Berhad
                Bank Simpanan Nasional
                Adabi Consumers Sdn Bhd

                    PENAJA GANGSA

                Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
                Pembinaan Segi Kota Sdn Bhd
                Advanced Protocol Security Sdn. Bhd.
                Chuan Un Chye Sdn Bhd
                Soonest Logistic (M) Sdn Bhd
                Jati Foundation
                Oel Realty Holdings Sdn Bhd
                Perunding Kelana Sdn Bhd
                RGB Sdn Bhd
                BMS Marketing Sdn Bhd
                Menang Technic Engineering Sdn Bhd
                Rahman Brothers
                RHB Banking Group
                Nippon Paint (M) Sdn Bhd
                REHDA Malaysia
                Edaran IT Sdn Bhd
                Perisai Petroleum
                LADA
                Bank Muamalat Malaysia Berhad
                Amalan Setar (M) Sdn Bhd.
                Permodalan Nasional Berhad
                Malakoff Corporation Berhad

Pertandingan Golf Amal 2014- Kota Kemuning

Page 1 of 2