A- A A+

Logo ysb

banner-logo3

Karnival Kesejahteraan Warga Emas, Sihat Ceria 2016 pada 11hb Mac 2016(Khamis) Anjuran Yayasan Sultanah Bahiyah & Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara Negeri Kedah

perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah, YTM Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Tunku Panglima Besar Kedah (AHLI JEMAAH PEMANGKU SULTAN KEDAH).  Program Kesejahteraan Warga Emas adalah merupakan sebuah program melibatkan warga emas oleh berbagai kaum di negeri Kedah ini. Ianya merupakan himpunan beramai-ramai sambil mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesame peserta. Matlamat program ini untuk mewujudkan warga emas sihat dan ceria. Program ini di pengerusikan oleh Y.Bhg Dato’ Haji Nasir Bin Mustafa, turut hadir ke majlis Y.Bhg Encik Abdul Mutalib Bin Abdul Rahman Pengarah JKKN, Y.Bhg Encik Noor Bin Chik Pengarah JKM serta Ahli Lembaga Amanah Yayasan Sultanah Bahiyah. Terdapat 20 gerai jualan pada hari tersebut dan seramai 600 orang peserta Senaman Irama Malaysia.