A- A A+

Logo ysb

banner-logo3

 

Aliran terkini rata-ratanya masyarakat terutama muslimah lebih cenderung kearah pemakaian mahupun pakaian untuk solat yang mematuhi syariah.

 

Kelas Jahitan Telekong ini adalah permintaan peserta Sumbangan Bantuan Usahawan Wanita Yayasan Sultanah Bahiyah sendiri apabila kerap kali menerima tempahan bagi menjahit telekong untuk muslimah. Kebanyakan telekong di pasaran sekarang tidak menepati bagi sesuatu bentuk ruangan muka dan juga labuh pada pemakainya terutama apabila ingin menunaikan Haji atau umrah.

Melalui Kelas Jahitan Telekong ini para peserta dapat mengambil upah jahitan mengikut fizikal individu tersendiri dan permintaan yang amat mengalakan boleh menjana pendapatan yang tinggi.

Dari Kelas Jahitan Telekong ini juga peserta dapat menghasilkan pelbagai koleksi jahitan mini telekong, dan tudung muslimah.