A- A A+

Logo ysb

banner-logo3

Xpert Slider

Program Motivasi Kecemerlangan UPSR 2017 Projek Titian Bistar

Karnival Amal Hari Penyayang 2017

Pameran Potret DiRaja 4 Februari 2017 - 31 Disember 2017

 

KARNIVAL AMAL HARI PENYAYANG 2017
Anjuran Yayasan Sultanah Bahiyah


Memasuki edisi ke 19 penganjurannya, Karnival Amal Hari Penyayang 2017 pada tahun ini telah berlangsung dengan jayanya bermula 18 hingga 21 Mei 2017 dan dirasmikan oleh YTM Tunku Temenggong Kedah, Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah.

Pada tahun ini, bahagian mendana kewangan memfokuskan pengumpulan dana bagi menjayakan program-program kebajikan berterusan terutamanya dari aspek kesihatan komuniti yang sedang dirancang dan juga yang telah dijalankan. YSB juga telah mengambil platform Karnival Amal untuk melancarkan sebuah bas bergerak yang dilengkapi dengan peralatan pemeriksaan mata bagi mengenal pasti 4 jenis penyakit iaitu Katarak, ’Reflective Error’ (Ralat Pembiasan), Diabetes dan Glaucoma. Bas bergerak yang  mempunyai 16 tempat duduk ini akan diserahkan kepada Jabatan Oftalmologi Hospital Sultanah Bahiyah. Ia disempurnakan oleh YTM Tunku Bendahara Kedah.

Dengan mengekalkan konsep “Berhibur Sambil Menderma”, pelbagai acara telah diadakan bagi menarik pengunjung dari seluruh Negeri Kedah serta kawasan sekitar berdekatan bagi memeriahkan lagi karnival ini. Antara pengisian serta acara-acara yang diadakan adalah seperti Bazar Kebajikan, Bazar Makanan & Kafe Penyayang, Kempen Derma Darah, Pameran Kerjaya & NGO, ’Vision Ride’, Sukan Remaja – Pertandingan Futsal Remaja, Bola Jaring & Sepak Takraw,  Larian Bendang Kedah, Peraduan Mewarna Kanak-kanak, Battle of the buskers  dan pelbagai lagi.

Pada karnival amal tahun ini, YSB dengan kerjasama Infografik Design Consultant juga  telah mengadakan acara permainan ’Inflatable Games’ yang julung-julung kali dibawa ke Negeri Kedah Darul Aman. Ia merupakan cabaran Istana Takeshi paling panjang yang tercatat di dalam Malaysia Book of Record. Selain itu, pihak Infografik juga telah mangambil inisiatif untuk membawa acara-acara lain termasuklah Superbike Show, 4 X 4 Challenge, Food Trucks serta persembahan maskot-maskot superhero.

Seperti edisi-edisi yang lalu, Karnival Amal pada tahun ini juga tidak ketinggalan dengan persembahan dari artis terkenal tempatan antaranya Siti Sarah, Zarul Umbrella, Wany Hasrita, Ronnie Hussien dan artis-artis kebudayaan negeri Kedah.

Hampir 70,000 pengunjung hadir pada Karnival Amal pada tahun ini. Jumlah kutipan bagi Karnival Amal Hari Penyayang 2017 termasuk acara lelongan amal adalah RM 2.6 Juta.

Yayasan Sultanah Bahiyah ingin menyampaikan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada seluruh ahli jawatankuasa, sukarelawan, badan-badan NGO, Jabatan dan Agensi Kerajaan dan khasnya penderma utama seperti Kerajaan Negeri Kedah, Perintis Jerai Sdn Bhd, ECK Sdn Bhd,Levent Coporation Sdn. Bhd, Tone Group, PP Chin Hin Sdn Bhd, Bina Darulaman Berhad, Yayasan Muhibah Tan Sri Fng Ah Seng, dan Lai Hin Trading Sdn. Bhd.

: Капитальный ремонт крыши. Быстрый ремонт крыши дома своими руками. Стоимость ремонта крыши. Ремонт потолка своими руками. Качественный ремонт потолков в квартире. Ремонт подвесных потолков. Схема подключения котла отопления. Быстрое подключение котла к системе отопления. Подключение батарей отопления схема.
Продажа самодельных вездеходов. Лучшие самодельные мини вездеходы. Устройство самодельных вездеходов. Ванная комната дизайн фото. Красивый дизайн интерьера ванной комнаты. Дизайн ванной комнаты в квартире. Как начать бизнес с нуля. Лучшие идеи малого бизнеса с нуля. Новый бизнес с нуля. Самодельные квадроциклы чертежи. Как сделать самодельный квадроцикл сегодня. Самодельный квадроцикл своими руками. Стяжка пола своими руками. Быстрая и сухая стяжка пола своими руками. Как сделать стяжку своими руками.