A- A A+

Logo ysb

banner-logo3

Xpert Slider

Golf 2017

Pameran Potret DiRaja 4 Februari 2017 - 31 Disember 2017

Lawatan Kerjaya Remaja Projek Titian Ehsan pada 23- 25 Februari 2017

Majlis Penyampaian Tahun Baru Cina pada 25 Januari 2017 di Dewan Seri Panglima,Keriang Hill,Alor Setar,Kedah.

Dirgahayu Tuanku sempena Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Negeri Kedah yg Ke 89, Semoga Dipanjangkan umur dan senantiasa diberkati serta di berikan kekuatan untuk memayungi takhta Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

An Evening With The Royal Patron 2016 & Celebrating YSB 20th Anniversary

Konvoi bantuan YSB support team bersama NGO Kedah ke Kelantan

SEMINAR PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-GURU
PROJEK TITIAN BISTARI YAYASAN SULTANAH BAHIYAH


              Yayasan Sultanah Bahiyah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan  Negeri Kedah telah mengadakan Seminar Peningkatan Profesionalisme Guru-guru Projek Titian Bistari kepada semua guru-guru yang terlibat dengan kelas tuisyen Projek Titian Bistari  dibawah sekolah-sekolah  Projek Titian Bistari, Yayasan Sultanah Bahiyah.
             Program ini  bertujuan untuk memberi pendedahan dari segi maklumat dan teknik pedagogi yang terkini, serta memberi motivasi kepada semua guru yang terlibat untuk  meningkatkan sahsiah diri dan  membuat peningkatan dan pengukuhan di dalam pengajaran seharian mereka untuk membantu murid-murid Projek Titian Bistari  terutama sekali murid Tahun 6 bagi menghadapi UPSR 2017.
             Program ini telah  dilaksanakan pada 9hb hingga 11hb Februari 2017, bertempat di The City Bayview Hotel Langkawi.  Seramai 224 orang peserta dari 48 buah sekolah Projek Titian Bistari telah mengikuti seminar selama 3 hari berturut-turut  ini yang bermula dari hari Khamis dan berakhir  pada hari Sabtu. Seminar ini telah dikendalikan oleh Urusetia dari pihak  kakitangan Yayasan Sultanah Bahiyah dan dibantu oleh 8 orang  pegawai meja Projek Titian Bistari, dari setiap Pejabat Pendidikan Daerah , dan Guru-guru Pakar dari Jabatan Pendidikan Negeri Kedah bagi setiap matapelajaran serta Pakar Motivasi yang dijemput khas bagi memastikan program ini berjaya dilaksanakan.
    Majlis perasmian penutup seminar telah disempurnakan oleh Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan, Dato’ Seri DiRaja Tan sri Tunku Soraya binti Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Pengerusi Projek Titian Bistari Yayasan Sultanah Bahiyah.
Dalam titah ucapan Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan Pengerusi Projek Titian Bistari Yayasan Sultanah Bahiyah menyeru kepada para guru yang terlibat untuk menitik beratkan kesepaduan dalam melaksanakan tugas serta mengutamakan pencapaian di kalangan para pelajar.