A- A A+

Logo ysb

banner-logo3

Xpert Slider

Golf 2017

Pameran Potret DiRaja 4 Februari 2017 - 31 Disember 2017

Lawatan Kerjaya Remaja Projek Titian Ehsan pada 23- 25 Februari 2017

Majlis Penyampaian Tahun Baru Cina pada 25 Januari 2017 di Dewan Seri Panglima,Keriang Hill,Alor Setar,Kedah.

Dirgahayu Tuanku sempena Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Negeri Kedah yg Ke 89, Semoga Dipanjangkan umur dan senantiasa diberkati serta di berikan kekuatan untuk memayungi takhta Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

An Evening With The Royal Patron 2016 & Celebrating YSB 20th Anniversary

Konvoi bantuan YSB support team bersama NGO Kedah ke Kelantan

LAWATAN YTM TUNKU TEMENGGONG KEDAH KE PUSAT DIALISIS NKF-YSB KULIM, 18 FEBRUARI 2017
 
Satu lawatan khas ke Pusat Dialisis National Kidney Foundation-Yayasan Sultanah Bahiyah Kulim oleh YTM Tunku Temenggong Kedah, Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah telah diadakan pada hari Sabtu, 18 Februari 2017 sempena Lawatan YTM Tunku Temenggong Kedah ke Kulim pada sebelah pagi untuk merasmikan Karnival Jom Masuk Wataniah. YTM Tunku Temenggong Kedah tiba pada sesi lawatan ke Pusat Dialisis pada tengahari dan berkenan untuk menyampaikan sedikit sumbangan wang tunai dan barangan makanan kepada pesakit yang sedang menjalani dialisis. YTM Tunku Temenggong juga berkesempatan untuk meninjau operasi pusat ini serta mendengar taklimat ringkas oleh wakil Pusat Dialisis, Puan Puspa Shareena. Hadir sama ke Pusat Dialisis NKF-YSB Kulim adalah Dato’ Haji Nasir Mustafa, Ahli Lembaga Amanah YSB, Tuan Haji Mohamad Bin Che Nai, Pegawai Daerah Kulim, Tuan Haji Rohaizad Bin Haji Rashid, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim serta staf dari Pejabat Daerah dan Kakitangan Yayasan Sultanah Bahiyah. Di dalam majlis yang sama, YTM Tunku Temenggong Kedah turut perkenan menyampaikan cek bernilai RM 1 Juta oleh Syarikat ECK Development Sdn Bhd kepada Yayasan Sultanah Bahiyah yang diterima oleh Dato’ Haji Nasir Mustafa, Ahli Lembaga Amanah YSB.