A- A A+

Logo ysb

banner-logo3

Xpert Slider

Golf 2017

Pameran Potret DiRaja 4 Februari 2017 - 31 Disember 2017

Lawatan Kerjaya Remaja Projek Titian Ehsan pada 23- 25 Februari 2017

Majlis Penyampaian Tahun Baru Cina pada 25 Januari 2017 di Dewan Seri Panglima,Keriang Hill,Alor Setar,Kedah.

Dirgahayu Tuanku sempena Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Negeri Kedah yg Ke 89, Semoga Dipanjangkan umur dan senantiasa diberkati serta di berikan kekuatan untuk memayungi takhta Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

An Evening With The Royal Patron 2016 & Celebrating YSB 20th Anniversary

Konvoi bantuan YSB support team bersama NGO Kedah ke Kelantan


PAMERAN POTRET DIRAJA SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH
- IMAGES OF MAJESTY


Pada 4 Februari 2017, KeBawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan  Negeri Kedah Darul Aman, telah berkenan merasmikan Pameran Potret DiRaja Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah “Images of Majesty”. Ia adalah pameran 100 gambar pilihan yang mengisahkan tentang perjalanan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Negeri Kedah Darul Aman, bermula dari zaman awal remaja sehinggalah mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong sebanyak 2 kali.


Terdapat beberapa pecahan segmen dalam pembikinan Pameran Potret DiRaja ini bermula dari usia muda, zaman persekolahan, KDYMM Tuanku sebagai DYTM Raja Muda Kedah, Pertabalan menjadi KDYMM Sultan Kedah pada 1959, Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong ke V & XIV, Potret-potret Keluarga DiRaja Kedah, Hobi serta Sukan Kegemaran KDYMM Tuanku serta tugas-tugas rasmi dan tidak rasmi KDYMM Tuanku Sultan Kedah & Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong ke V & XIV.


Ia juga adalah cetusan idea Yayasan Sultanah Bahiyah dalam memastikan sejarah ini sentiasa terpahat di dalam hati semua rakyat terutama rakyat Negeri Kedah Darul Aman. YSB turut merakamkan peluang ini untuk meraikan kemakmuran dan kegemilangan KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang juga Penaung DiRaja YSB, sebagai Raja Melayu pertama dimasyurkan dua kali sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Malaysia. Ia juga sebagai simbolik merakamkan kenangan sejarah dan kegemilangan pemerintahan seorang Raja berjiwa rakyat.

Antara tujuan lain Kerajaan Negeri Kedah serta YSB mengadakan pameran DiRaja ini adalah sempena meraikan Sambutan Ulangtahun ke 89 KDYMM Tuanku Sultan Kedah. Melalui Pameran Potret DiRaja ini juga, rakyat terutamanya di Negeri Kedah akan berpeluang untuk merasai dan mengenali dengan lebih dekat Sultan kesayangan mereka dengan melihat potret-potret dan gambar-gambar dari usia remaja KDYMM Tuanku sehinggalah hari ini. Selain itu, pameran ini juga bakal menjadi tarikan pelancongan untuk negeri Kedah Darul Aman. Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif tersendiri untuk memastikan Pameran Poret DiRaja yang akan berlangsung sehingga penghujung 2017 ini berjalan dengan sempurna dan lancar dengan menyediakan aktiviti-aktiviti menarik.


Kerajaan Negeri Kedah dan Yayasan Sultanah Bahiyah merakamkan setinggi-tinggi ucapan menjunjung kasih kepada YTM Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz bintu Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Tunku Temenggong Kedah, Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah yang telah bekerja keras dalam memastikan Pameran Potret DiRaja disempurnakan dengan jayanya.


Kerajaan Negeri dan Yayasan Sultanah Bahiyah juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung terutama pihak Yayasan Sultanah Bahiyah yang berperanan penting dalam menyediakan 100 gambar pada Pameran Potret DiRaja ini, tidak lupa juga kepada Kementerian Penerangan Malaysia, Unit Tranformasi Media Kedah, dan lain-lain pihak yang memberi 100% sokongan dan komitmen dalam menjadikan Pameran Potret DiRaja pada pagi ini.