A- A A+

Logo ysb

banner-logo3

Xpert Slider

Golf 2017

Pameran Potret DiRaja 4 Februari 2017 - 31 Disember 2017

Lawatan Kerjaya Remaja Projek Titian Ehsan pada 23- 25 Februari 2017

Majlis Penyampaian Tahun Baru Cina pada 25 Januari 2017 di Dewan Seri Panglima,Keriang Hill,Alor Setar,Kedah.

Dirgahayu Tuanku sempena Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Negeri Kedah yg Ke 89, Semoga Dipanjangkan umur dan senantiasa diberkati serta di berikan kekuatan untuk memayungi takhta Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

An Evening With The Royal Patron 2016 & Celebrating YSB 20th Anniversary

Konvoi bantuan YSB support team bersama NGO Kedah ke Kelantan

MAJLIS SANTAPAN AMAL
“AN EVENING WITH THE ROYAL PATRON 2016 & CELEBRATING YSB 20th ANNIVERSARY


 7 December 2016, 20 Tahun terus berbakti. Majlis Santapan Amal “An Evening with The Royal Patron” 2016 telah diadakan dengan jayanya oleh Yayasan Sultanah Bahiyah bertempat di Imperial Ballroom One World Hotel, Petaling Jaya Selangor. Ia telah diserikan lagi dengan keberangkatan penaung DiRaja YSB, Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong ke XIV ke majlis pada malam tersebut bersama-sama Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.  

 

Seperti kebiasaannya, majlis santapan amal diadakan bertujuan mengumpul dana bagi sumbangan berterusan YSB kepada mereka yang memerlukan dan golongan kurang bernasib baik terutama rakyat di Negeri Kedah. Selain itu, ia  juga diadakan khas untuk menyambut Hari Keputeraan Sebenar Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong yang ke 89.

Turut berangkat hadir ke majlis ialah Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, YTM Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Temenggong Kedah bersama-sama YTM Tunku Puan Temenggong Kedah, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak serta isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Teramat Mulia Raja Nor Mahani Binti Raja Shahar Shah, Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Tan Sri Iskandar Dzulkarnain Alhaj Ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah serta Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak, Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Soraya Binti Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, YTM Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Laksamana Kedah (Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah) serta Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah sendiri YTM Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Tunku Panglima Besar Kedah, (Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah)


Yang Teramat  Mulia Tunku Panglima Besar Kedah juga turut berkenan menyampaikan beberapa  buah lagu bagi memeriahkan acara dan sebagai tanda penghargaan kepada penderma-penderma yang  terus menyokong YSB selama ini.
 

Tayangan video khas “20 Tahun Yayasan Sultanah Bahiyah” berdurasi 45 minit yang menceritakan kembali sejarah penubuhan Yayasan Sultanah Bahiyah serta kejayaan-kejayaan yang telah ditempa serta momen-momen penting melibatkan Penaung DiRaja Pertama iaitu Almarhumah Sultanah Hajjah Bahiyah Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dan Penaung DiRaja sekarang iaitu Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV, Almu’tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah.
 

Pada malam itu juga YSB turut  melancarkan projek mendana kewangan terbarunya iaitu Pelancaran Nombor Pendaftaran Khas SMS yang bermaksud (Sultan Abdul HaLIM Mu’adzam Shah) bermula dari angka 1 hingga 9999 sempena memuliakan pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Ke-5 dan Ke-14 yang memahat sejarah tersendiri sebagai seorang pemerintah yang manaiki takhta kerajaan Malaysia sebagai Seri Paduka Yang DiPertuan Agong sebanyak 2 kali.
 

Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong XIV juga berkenan membeli Nombor Pendaftaran Khas,  SMS 1 dengan nilai RM 1 Juta yang diserahkan kepada Pengerusi YSB, YTM Tunku Panglima Besar Kedah.
 

Di dalam majlis yang sama, pihak Perintis Jerai Sdn Bhd yang merupakan pihak yang dilantik bagi mengendalikan urusan jual beli Nombor Pendaftaran Khas ini turut menyerahkan RM 1 Juta kepada YSB serta sebuah MPV Hyundai Grand Starex 2.5 Royale bagi kegunaan Yayasan Sultanah Bahiyah.
 
Hasil daripada penjualan meja pada malam tersebut berjaya mengumpulkan sejumlah RM 4,557,900.00 yang merupakan kutipan terbesar pada tahun 2016 melalui acara mendana kewangan. Antara penyumbang pada Majlis Santapan Amal 2016 adalah Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, ECK Development Sdn Bhd, Perintis Jerai Sdn Bhd, Seri Panglima Sdn Bhd, Yayasan Al-Bukhary, SC Estate World Sdn Bhd, UEM Group Berhad, Lai Hin Trading Sdn Bhd, The Weststar Group, Impressive Communication Sdn Bhd, Tone Group, Yayasan Muhibah Tan Sri Fng Ah Seng, Bina Darulaman Berhad, Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah, Beng Teik Foundation, E-Idaman Sdn Bhd, Golden Pencil Sdn Bhd, Synergy Energy (Labuan) Ltd, Alaf Strategi Sdn Bhd, dan lain-lain lagi.
 

Terima kasih Yayasan Sultanah Bahiyah ucapkan kepada semua penyumbang yang terus komited membantu usaha murni YSB dalam kerja-kerja kebajikan membantu mereka yang kurang berkemampuan serta menjayakan Majlis Santapan Amal YSB dan meraikan 20 Tahun penubuhannya.