A- A A+

Logo ysb

banner-logo3

Xpert Slider

Salam Ramadhan

Pemberian Bubur Lambuk oleh YSB secara PERCUMA pada bulan Ramadan.

Karnival Amal Hari Penyayang 2017

Majlis Penyerahan Jersi Pasukan Perahu Panjang Yayasan Sultanah Bahiyah 2017

Golf 2017

Pameran Potret DiRaja 4 Februari 2017 - 31 Disember 2017

СНПЧ А7 Курск, обзоры принтеров и МФУ

Pertandingan Golf Amal Yayasan Sultanah Bahiyah 2016

7 April 2016 – Pertandingan Golf Amal Yayasan Sultanah Bahiyah memasuki edisi ke 19 penganjurannya dan pada tahun ini Pertandingan Golf Amal ini berlangsung di The Mines Resort & Golf Club.

Seperti biasa, penganjuran ini adalah aktiviti tahunan untuk mendana kewangan yang berobjektif untuk menyediakan keperluan set komputer kepada sekolah- sekolah di bawah projek titian bistari dalam usaha menyokong projek Kedah e-TUTOR (KeT) yang merupakan portal pendidikan atau tuisyen atas talian (online) secara percuma untuk pelajar dari tahun 4 hingga tingkatan 5 dan berdaftar di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.
Pada tahun ini, YSB Berjaya merekodkan kutipan dana sejumlah RM 846,000.00 .Ia adalah hasil kerja keras Ahli-ahli Jawatankuasa Induk serta sumbangan dan sokongan berterusan daripada syarikat korporat yang seterusnya menjayakan acara pada tahun ini.
Pertandingan yang berlangsung di dalam cuaca yang sungguh baik ini telah mengumpulkan 108 peserta yang rata-ratanya adalah penderma. Turut mengambil bahagian pada Acara Permainan Golf Amal pada tahun ini adalah DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, YTM Tunku Temenggong Kedah, Pengerusi Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, YAB Menteri Besar Kedah, YTM Tunku Panglima Besar Kedah, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah (Pengerusi YSB) dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia.
Pertandingan Golf Amal ini diserikan lagi dengan keberangkatan Penaung DiRaja YSB, Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada Majlis Santapan sempena Pertandingan Golf Amal YSB di Dewan Hall of Fame, The Mines Resort & Golf Club. Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong juga berkenan menyampaikan hadiah pemenang pertama hingga ketiga.  
Antara penyumbang Pertandingan Golf Amal pada tahun ini adalah Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, Yayasan Muhibah Tan Sri Fng Ah Seng, Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah Sdn Bhd, Aerospece Composites Malaysia Sdn Bhd, MMC Corporation, Paramount Property (UTARA) Sdn Bhd, Donghwa Malaysia Sdn Bhd, Yayasan Emkay, TH3 Holdings Sdn Bhd, Widad Business Group dan penaja lokasi Pertandingan Golf Amal pada tahun ini The Mines Resort & Golf Club.