| LAPORAN RINGKAS PROGRAM KESIHATAN YAYASAN SULTANAH BAHIYAH TAHUN 2008.
1. Ceramah Kesedaran Kesihatan Tajuknya adalah berkenaan dengan Penyakit Kronik “Kanser”
Diadakan pada 15hb Mac 2008, bertempat di Pusat Hemodalisis, Alor Setar, Kedah Darul Aman, seramai 57 orang peserta yang hadir terdiri daripada persatuan-persatuan NGO yang dijemput bagi menghadiri ceramah yang diadakan.
Susulan dari ceramah yang diadakan didapati ianya dapat memberi pengetahuan tentang penyakit tersebut serta dapat memberi keyakinan untuk meneruskan kehidupan.
2. Kem Kesihatan
Telah diadakan dengan kerjasama PBSMM dan juga agensi-agensi kerajaan yang lain. Kem Kesihatan tersebut juga adalah bertujuan untuk merasmikan Dewan Komuniti Tunku Puteri Intan Safinaz yang diadakan pada 18hb April hingga 19hb April 2008, bertempat di Permatang Katong, Sungai Petani, Kedah Darulaman.
Pengisian Kem Kesihatan tersebut juga diadakan Pameran kerjaya dan Akademik oleh pihak pasukan beruniform dan pameran-pameran berkisarkan kesihatan serta Kempen menderma darah.
3. Kem Kesihatan ini juga bertujuan memberi kemudahan kepada penduduk-penduduk kampong pendalaman yang terpinggit untuk memberi peluang kepada masyarakat ini mendapat rawatan perubatan secara percuma serta rujukan-rujukan kes ke hospital yang berdekatan jika terdapat kes-kes yang kritikal.
| ||












