Yayasan Sultanah Bahiyah

E-mail Cetak PDF

Projek Bantuan Usahawan Kecil Wanita

LATAR BELAKANG PROJEK

Pengenalan : Bantuan Khas Usahawan Kecil Program Pembangunan Wanita Yayasan Sultanah Bahiyah merupakan satu usaha bagi membantu golongan wanita yang berminat dan berpotensi serta tidak berkemampuan dan memerlukan bantuan atau sokongan untuk menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan selain membantu usahawan kecil wanita yang telah sedia ada untuk mempertingkatkan perniagaan mereka melalui sumbangan peralatan perniagaan atau kewangan (bagi kes-kes tertentu).

 

Pemberian bantuan ini akan diberi kepada pemohon yang layak setelah permohonan mereka dipertimbangkan oleh jawatankuasa Program Pembangunan Wanita. Bantuan kecil ini adalah sebagai insentif dan galakan serta peluang kepada golongan wanita mempertingkatkan ekonomi keluarga dan diri mereka. Dengan kata lain, ia adalah untuk mengeluarkan golongan wanita ini dari belenggu kemiskinan yang melanda sama ada disebabkan oleh kematian suami, perceraian, berpendapatan tidak tetap dan masalah-masalah lain yang menyumbang ke arah ketidakstabilan sosio-ekonomi sesebuah keluarga. Bantuan khas juga akan diberi kepada mereka yang tidak dapat memulakan perniagaan disebabkan masalah modal.

Rasional :

Mengikut pengetahuan, ramai usahawan-usahawan kecil tidak dapat mempertingkatkan perniagaan mereka disebabkan kekurangan modal. Walaupun beberapa institusi ada menyediakan bantuan kewangan untuk golongan ini, proses permohonan agak rumit dan melemahkan semangat pemohon. Manakala permohonan dari mereka yang belum memulakan perniagaan tidak diberi pertimbangan. Atas rasa prihatin dan ingin melihat lebih ramai usahawan kecil wanita lebih maju dalam dunia perniagaan maka tercetuslah resolusi untuk menubuhkan Projek Bantuan Usahawan Kecil Wanita di bawah Program Pembangunan Wanita anjuran Yayasan Sultanah Bahiyah.

Matlamat :

Projek Bantuan Usahawan Kecil Wanita di bawah Program Pembangunan Wanita ini telah ditubuhkan bagi membantu golongan wanita termasuk ibu tunggal yang miskin dan berpendapatan rendah atau tidak tetap menambah pendapatan keluarga bagi mempertingkatkan taraf hidup dan ekonomi keluarga agar terlepas dari belenggu kemiskinan.

Sasaran :

Golongan yang menjadi sasaran Projek Bantuan Usahawan Kecil Wanita ini ialah wanita dari pelbagai peringkat umur terutama mereka yang telah berkeluarga termasuk ibu tunggal. Projek ini disasarkan kepada golongan tersebut yang mana mereka ini tidak berkemampuan dan menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Keluarga yang terpaksa mencari rezeki bagi menyara keluarga.

PRINSIP DAN GARIS PANDUAN BANTUAN USAHAWAN KECIL WANITA

Usahawan Kecil terbahagi kepada 3 kumpulan :

  • Kategori A berpendapatan < RM 200
  • Kategori B berpendapatan di antara RM 200 - RM 500
  • Kategori C berpendapatan > RM 500

Kriteria Pemilihan bagi permohonan yang diluluskan :

  • Warganegara Malaysia
  • Wanita yang bermastautin di negeri Kedah
  • Ibu Tunggal / Wanita yang bersuami tetapi terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Keluarga.
  • Berpendapatan rendah atau tidak tetap (Pendapatan bulanan kurang daripada RM 500)
  • Berpotensi, berminat dan menunjukkan kesungguhan serta sanggup meningkatkan usaha untuk menambah pendapatan keluarga
  • Mempunyai kemahiran dan pengalaman yang relevan

Proses /Prosedur Pemilihan :

  • Borang permohonan lengkap diisi oleh pemohon bantuan (perlu pengesahan daripada Ketua Kampung/JKKK)
  • Lawatan oleh ahli jawatankuasa dan pegawai penyelaras ke rumah/kedai pemohon bagi laporan pemantauan
  • Mesyuarat jawatankuasa bagi membincangkan kes-kes yang telah dipantau
  • Pemantauan harga barangan oleh ahli jawatankuasa dan pegawai penyelaras
  • Pemberian/penghantaran barangan kepada pemohon bantuan yang disokong dan diluluskan di dalam mesyuarat.

 



 
  • Terkini

  • Digemari

Jemput kawan

Online

Kami ada 8 tetamu online

Maklumat Pengunjung

72605
Hari iniHari ini8
SemalamSemalam134
Minggu iniMinggu ini541
Bulan iniBulan ini1231
KeseluruhanKeseluruhan72605

 

Alexa stats and google pagerank