Projek Titian Bistari Yayasan Sultanah Bahiyah

Sejak 1996 Yayasan Sultanah Bahiyah telah memberi perkhidmatan yang terbaik kapada masyarakat di Negeri Kedah Darul Aman yang memerlukan bantuan dalam banyak aspek kehidupan. Disebalik itu, YSB juga telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengumpul dana bagi memenuhi keperluan kewangan untuk mambiayai projek dan program yang telah disusun setiap tahun.
Projek Titian Bistari merupakan program induk YSB yang menjurus dalam bidang pendidikan anak-anak, selain memartabatkan pendidikan luar bandar. Melalui projek ini, pelbagai usaha telah dilakukan bagi memperolehi peningkatan terhadap pencapaian khususnya UPSR. PTB telah membuahkan hasil yang membanggakan di mana ramai pelajar miskin Iuar bandar memperolehi keputusan yang amat cemerlang dan antaranya akan melanjutkan pelajaran keluar negara.
Oleh itu, harapan saya agar YSB terus mendapat sokongan dan bantuan dari penderma dan penyumbang, sukarelawan, badan korporat serta jabatan kerajaan.
"SEDlA BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT"
Dato’ Seri DiRaja Tunku Soraya Binti Kebawah DYMM Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah








