|
|
PUSAT KHIDMAT & INFORMASI REMAJA
Pengenalan Diwujudkan sejak tahun 2001 dan kini beroperasi di Tingkat 4, Kompleks Star Parade, Alor Star. Pusat ini menyediakan perkhidmatan kaunseling sosial, maklumat informasi kerjaya dan akademik serta sesi perbincangan. Selain itu , pusat ini menyediakan pelbagai kemudahan seperti akses internet percuma, sudut bacaan ( majalah & akhbar), sesi kaunseling individu dan kelompok, bengkel minguan (penampilan & personaliti diri) secara percuma. Sebuah bilik perbincangan turut disediakan di P-KIR.
PERANAN Fokus utama Pusat Khidmat & Informasi Remaja ini ialah memberi bimbingan berbentuk motivasi kauseling dan sahsiah diri kepada remaja. Ini disebabkan beberapa faktor sosial yang perlu dimainkan oleh Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) terutamanya melibatkan golongan belia. Oleh itu, YSB telah meningkatkan peranannya kepada masyarakat dengan menubuhkan satu jawatankuasa yang dikenali sebagai jawatankuasa Kaunselor Sukarelawan (P-Kir) YSB. Jawatankuasa ini bertanggungjawab membantu dari segi khidmat kaunseling , psikologi dan sosial remaja agar lebih berpengetahuan, berwawasan dan berketrampilan.
FUNGSI Antara fungsi Pusat Khidmat & Informasi Remaja ini ialah:
Selain dari itu, remaja boleh mendapatkan maklumat seperti:
3. Program-program Remaja Anjuran Yayasan Sultanah Bahiyah, Aktiviti Kesukanan , Kursus Belia, Motivasi & Rakan Muda.
4. Aktiviti Khidmat Kemasyarakatan Sukarelawan YSB.
JALINAN KERJASAMA Pusat Khidmat & Informasi turut mengadakan jalinan kerjasama dengan agensi kerajaan dan swasta dalam melaksanakan program dan aktiviti yang telah dirancang. Antaranya
|
|













