Yayasan Sultanah Bahiyah

E-mail Cetak PDF

PUSAT HEMODIALISIS TUNKU SARINA

Dengan Kerjasama Kerajaan Negeri Kedah,

Yayasan Sultanah Bahiyah &

Yayasan EMKAY

 

Pusat Hemodialis Tunku Sarina, Alor Star dahulunya dikenali sebagai Pusat Rawatan Hemodialisis Yayasan EMKAY & Yayasan Sultanah Bahiyah merupakan sebuah pusat rawatan yang beroperasi di JKR No. 964, Lebuhraya Sultan Abdul Halim (Jln Sungai Korok), Alor Setar. Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) telah bekerjasama dengan Yayasan EMKAY, sebuah badan amal yang ditubuhkan oleh Pengerusi EMKAY Group, Tan Sri Datuk Haji Mustapha Kamal Bin Haji Abu Bakar dan keluarga, untuk menubuhkan sebuah pusat rawatan hemodialisis di Alor Star, Kedah.


Yayasan EMKAY bermurah hati menyediakan bangunan pusat tersebut dan melengkapinya dengan mesin-mesin hemodialisis yang terbaru serta peralatan rawatan yang lain. Kerajaan Negeri Kedah juga memainkan peranan yang penting di dalam projek ini dimana pihak kerajaan negeri telah membenarkan penggunaan tanah kerajaan untuk tujuan projek ini. YSB bertanggungjawab di dalam pengurusan keseluruhan pusat rawatan. Matlamat pusat ini adalah untuk menyediakan dan memberi rawatan dialisis untuk pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan dan bayaran untuk rawatan adalah berdasarkan kemampuan kewangan pesakit.

 

Pada masa kini, seramai 60 orang pesakit telah mendapatkan rawatan di pusat ini. Sebanyak 10 buah mesin hemodialis telah disumbangkan oleh Yayasan EMKAY, 2 buah mesin disumbangkan oleh pihak Jabatan Zakat Negeri Kedah dan 2 buah mesin lagi disewa bagi memenuhi permintaan pada masa kini.

 

Misi

Menyediakan kemudahan rawatan hemodialisis yang berkualiti kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa & agama dengan kos perubatan yang rendah

 

Menyediakan persekitaran dalaman dan luaran tempat rawatan yang selesa, nyaman dan mesra

 

 

KEMUDAHAN DAN KELENGKAPAN

 

Mesin Hemodialisis

Model yang digunakan adalah yang terkini iaitu Fresenius 4008S dilengkapi OCM (Online Clearance Monitoring) dan Diasafe Plus Filter serta berkeupayaan untuk membuat ‘High Flux’ hemodialisis. Kelebihan OCM adalah dapat memberi dos rawatan (Kt/V) dengan tepat. Pesakit boleh mengetahui hasil rawatan mereka di akhir sesi rawatan. Diasafe Plus Filter pula dapat menapis bakteria dan pirogen dari memasuki sistem semasa proses rawatan.

Mesin RO (Rever Osmosis Water System)

Mesin RO model i-tec RO4500 ini dapat merawat air paip dengan berkesan dan berkualiti tinggi menepati piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia dan AAMI Standard. RO membrannya berkeupayaan menapis keluar 95-98% julat garam galian, bau, rasa dan hampir 99% menapis keluar bakteria dan endotoksin dalam air.

Mesin Mencuci Dialyzer

Mesin mencuci dialyzer model i-tec 1 DCP berkeupayaan mencuci, menguji dan memasukkan ubat disinfectant ke dalam dialyzer secara automatik. Disinfectant yang berkualiti dan selamat sahaja dimasukkan ke dalam dialyzer pesakit.

Dialyzer Buffer

Jenis bicarbonate solution dan serbuk sahaja digunakan di pusat ini

Dialyzer

- Fresenius F6HPS untuk dialisis ‘Low Flux’

- Jenis membrane – polysulfone

- Fresenius F60S untuk dialisis ‘High Flux’

Kos Rawatan

Harga pakej untuk setiap sesi rawatan hemodialisis adalah bergantung kepada keupayaan pesakit

(sila hubungi pusat hemodialisis untuk maklumat terkini)

 

 
  • Terkini

  • Digemari

Jemput kawan

Online

Kami ada 5 tetamu online

Maklumat Pengunjung

72600
Hari iniHari ini3
SemalamSemalam134
Minggu iniMinggu ini536
Bulan iniBulan ini1226
KeseluruhanKeseluruhan72600

 

Alexa stats and google pagerank